Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 9, 2024 23:57 MYT
Februari 9, 2024 23:57 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 9 Februari 2024.
Peluang untuk satu putaran atau pusingan bagi Pemilihan Presiden Indonesia (Pilpres) 2024 semakin jelas selepas tinjauan terbaharu meletakkan calon Presiden Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka mendahului dengan 53.5 peratus.
Politik identiti berteraskan unsur perkauman dan agama ketika berlangsungnya siri kempen Pemilihan Umum (Pemilu) Indonesia 2024 dilihat semakin berkurangan dan tidak lagi relevan jika dibandingkan dengan Pilihan Raya Presiden 2019.
Angka kematian akibat tanah runtuh yang melanda perkampungan di wilayah Davao de Oro selatan Filipina pada malam Selasa meningkat kepada 15, manakala 110 masih hilang, menurut pihak berkuasa pada Jumaat.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres berikrar untuk bertindak segera terhadap sebarang maklumat baharu daripada Israel berkaitan "penyusupan Hamas".
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi amaran bahawa Agensi Kerja dan Bantuan PBB untuk Pelarian Palestin (UNRWA) tidak boleh diganti.
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) berkata mereka tidak akan menyokong sebarang rancangan kemaraan Israel untuk operasi ketenteraan di Rafah.
Kumpulan pejuang Houthi mengumumkan bahawa kumpulannya telah mencapai "kemenangan sebenar".
Mahkamah Agung Persekutuan (STF) Brazil pada Khamis memerintahkan bekas presiden Jair Bolsonaro menyerahkan pasport ketika siasatan berhubung dakwaan penglibatannya dalam cubaan rampasan kuasa sedang berlangsung.
Raja Britain Raja Charles III ketika ini berada dalam keadaan yang "sangat baik".
Januari 2024 mencatat rekod sebagai bulan paling panas dalam sejarah Eeropah dengan suhu mencecah hingga 13.14 darjah Celsius.