Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 8, 2024 23:59 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 8 Februari 2024.
1. Pilihan raya AS: Marianne Williamson umum tarik diri
Calon presiden dari parti Demokrat Marianne Williamson pada Rabu mengumumkan menarik diri daripada pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) 2024.
2. Pilihan raya Pakistan: Perkhidmatan rangkaian mudah alih digantung, sempadan ditutup
Pihak berkuasa Pakistan menggantung perkhidmatan mudah alih dan menutup sempadan dengan negara jiran Afghanistan dan Iran selepas insiden pengeboman.
3. Perang Palestin-Israel: Misi mencari air bagaikan menempah maut
Penduduk yang keluar mencari air berdepan risiko menjadi sasaran penembak tepat Israel yang bersembunyi di lokasi tidak diketahui.
4. Jumlah tahanan Palestin di penjara Israel cecah 3,484
PPS dalam satu kenyataan berkata jumlah tahanan menyaksikan peningkatan ketara dan jumlah ini tidak pernah direkodkan pada tahun intifada pertama pada 1987.
5. Pemilu: Duta Indonesia jangka 30 peratus pemilih berdaftar di Malaysia tunai tanggungjawab
Duta Besar Indonesia ke Malaysia Datuk Hermono menjangkakan sekitar 30 peratus daripada 832,420 rakyat Indonesia yang menetap di Malaysia dan berdaftar sebagai pemilih akan menunaikan tanggungjawab.
6. India, Brazil calon yang layak sertai UNSC - Rusia
Wakil tetap Rusia ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Geneva, Gennady Gatilov berpendapat India dan Brazil merupakan calon yang layak menyertai anggota tetap Majlis Keselamatan PBB.
7. KazanForum 2024: Lebih 20 juta Muslim di Rusia dapat akses kepada kewangan Islam
Pada 2023, Rusia meluluskan undang-undang mengenai perbankan Islam dan bereksperimen dengan penggunaannya selama dua tahun.
8. Angkasawan Rusia pecah rekod paling lama luang masa di angkasa lepas
Angkasawan Rusia ini memintas rekod yang dipegang oleh Gennady Padalka yang menghabiskan 878 hari, 11 jam, 29 minit dan 48 saat di angkasa lepas.
9. Operasi di lima lapangan terbang Jerman terjejas akibat mogok
Di lapangan terbang Frankfurt, sehingga 90 peratus daripada 600 jadual ketibaan dan pelepasan telah dibatalkan.
10. Gencatan senjata Gaza: PM Israel, Benjamin Netanyahu tolak cadangan Hamas
Netanyahu sifatkan cadangan Hamas sebagai "khayalan," dakwa Israel akan raih kemenangan beberapa bulan lagi.
#berita pilihan #berita antarabangsa #berita luar negara #Berita AWANI
;