Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 6, 2024 23:54 MYT
Februari 6, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 6 Februari 2023.
Thaksin Shinawatra didakwa menghina monarki, kata seorang pegawai pada Selasa, hanya beberapa minggu dari kemungkinan pembebasan parolnya.
Jabatan Siasatan Khas Thailand menemui peranti elektronik yang mengandungi lebih 10,000 imej lucah kanak-kanak, termasuk gambar anak perempuan suspek.
Google, Lazada, TikTok dan Microsoft sudah membuang pekerja mereka. Baru-baru ini Snap, iaitu syarikat di sebalik aplikasi Snapchat turut tidak terlepas.
RESTORAN makanan segera, McDonald's mengakui perang di Gaza antara faktor syarikat itu gagal mencapai sasaran jualan suku tahunan pertama dalam tempoh empat tahun.
Masyarakat antarabangsa digesa mengambil langkah berkesan menghentikan segala bentuk pencerobohan Israel ke atas rakyat Palestin.
Setahun sudah berlalu sejak kejadian gempa bumi menggegarkan Turkiye hingga meragut ribuan nyawa dan menyebabkan ramai hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.
10 tahun berlalu sejak Satya Nadella menggalas tanggungjawab sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Microsoft.
Risiko dipenjarakan semula kerana kesalahan memberikan rasuah kepada Presiden Park Geun-hye tidak akan berlaku.
Menjadi tumpuan, komposisi setiap calon dalam membawakan agenda masing-masing bagi memenangi hati pemilih bagi tempoh lima tahun akan datang.
Rusia menuduh Presiden Joe Biden melakukan serangan di Iraq dan Syria untuk melonjakkan imejnya semasa kempen pilihan raya presiden sedang memuncak.