Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Februari 2, 2024 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 2 Februari 2024.
1. Turkiye tahan tujuh suspek atas dakwaan mengintip untuk Mossad
Pihak berkuasa Turkiye pada Jumaat menahan tujuh suspek atas dakwaan menjual maklumat kepada agensi perisik Israel Mossad, lapor Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Anadolu.
2. AS sekat empat pendatang Yahudi susulan keganasan di Tebing Barat
Amerika Syarikat (AS) kini melaksanakan sekatan terhadap empat pendatang Yahudi selepas mereka dituduh melakukan keganasan terhadap orang awam dan kemusnahan harta benda di Tebing Barat, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
3. AS dakwa Asia Barat berada dalam situasi bahaya
Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat (AS), Lloyd Austin mendakwa, situasi di Asia Barat ketika ini berada dalam keadaan bahaya dan negara itu akan berusaha mengelakkan konflik yang lebih meluas.
4. Keganasan Israel di Tebing Barat bakal cetus pergolakan serantau - Raja Jordan
Raja Jordan Raja Abdullah II memberi amaran mengenai potensi pergolakan di rantau Asia Barat akibat "keganasan Israel" di Tebing Barat dan Baitulmaqdis selain menekankan keperluan gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
5. Ketua PBB rayu bantuan kemanusiaan ditingkatkan ke Gaza
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menyeru agar peningkatan bantuan kemanusiaan ke Semenanjung Gaza disegerakan akibat masalah kebuluran, hilang tempat tinggal dan keruntuhan sistem kemanusiaan.
6. Jurutera Indonesia ditahan, didakwa curi rahsia teknologi pesawat tempur Korea Selatan
Jurutera warga negara Indonesia telah ditahan di Korea Selatan kerana didakwa cuba mencuri teknologi pesawat tempur KAI KF-21 Boramae.
7. Bot karam di Mediterranean: 49 migran diselamatkan pengawal pantai Itali
Seramai 49 migran yang dalam perjalanan dari Afrika Utara ke Eropah berjaya diselamatkan pengawal pantai Itali dalam kejadian bot karam di Laut Mediterranean di luar pantai Pulau Lampedusa pada Khamis.
8. Ekonomi Filipina paling pesat di Asia Tenggara, pinggirkan Malaysia, Vietnam
Filipina mengatasi Vietnam dan Malaysia untuk menjadi ekonomi yang paling pesat berkembang di Asia Tenggara pada 2023, dengan pertumbuhan dipacu kepenggunaan, perkhidmatan dan pelaburan.
9. Thailand, tentera laut AS bekerjasama laksana misi menyelamat HTMS Sukhothai
Tentera Laut Diraja Thailand (RTN) dan Tentera Laut Amerika Syarikat (USN) akan bekerjasama menjalankan misi menyelamat HTMS Sukhothai yang karam di Teluk Thailand pada 2022.
10. Pendaki perlu bayar AS$14 untuk daki Gunung Fuji - Laporan
Mana-mana pendaki yang bercadang untuk mendaki Gunung Fuji di Jepun semasa musim pendakian dibuka pada Julai depan perlu membayar 2,000 yen (AS$14), lapor agensi berita Kyodo.
#antarabangsa #Gunung Fuji #HTMS Sukhothai #berita pilihan
;