Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Februari 1, 2024 23:55 MYT
Februari 1, 2024 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 1 Februari 2024.
Korea Selatan, Amerika Syarikat (AS) dan beberapa negara lain mengeluarkan kenyataan bersama pada Khamis yang menggesa tentera Myanmar segera menghentikan semua keganasan terhadap orang awam.
Kumpulan Pro-Palestin berhimpun di Dewan Bandaraya Chicago, Amerika Syarikat untuk menyatakan protes terhadap serangan Israel yang berterusan di Gaza pada Rabu.
Rakaman dari Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaparkan para doktor terpaksa merawat pesakit di lantai Hospital Al-Amal di Khan Younis, pada Rabu.
Pemberontak Houthi yang berpangkalan di Yaman mengumumkan pasukan laut mereka telah menjalankan operasi menyerang kapal dagang Amerika Syarikat (AS) pada Rabu.
ASEAN dengan sokongan kerajaan China pada forum pelancongan rantau itu di Laos melancarkan Laman Sesawang Pelancongan China-Asia Tenggara, sebuah inisiatif di bawah Pelan Induk Kesalinghubungan 2025.
Majlis Pertahanan dan Keselamatan Negara Myanmar (NDSC) pada Rabu melanjutkan darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan lagi, lapor Xinhua memetik kenyataan pasukan penerangan majlis itu.
Armenia pada Khamis secara rasmi menjadi ahli penuh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) memandangkan ratifikasi Statut Rom yang menubuhkan badan itu mula berkuat kuasa pada 1 Feb.
Misteri kehilangan pengembara terkemuka Amelia Earhart pada tahun 1937 mungkin terungkai selepas imej sonar yang didakwa adalah pesawat beliau, didakwa dijumpai di dasar lautan Pasifik.
Kerajaan setiap negara anggota ASEAN perlu serius menangani cabaran yang menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap sistem digital, menurut Menteri Komunikasi dan Penerangan Singapura Josephine Teo.
Seorang wanita di Thailand berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya 'tersangkut' di jambatan gantung gara-gara mengikuti arah jalan menerusi aplikasi Sistem Penentu Kedudukan Global (GPS).