Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 27, 2024 23:59 MYT
Januari 27, 2024 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 Januari 2024.
Tentera Amerika Syarikat (AS) melakukan serangan baharu ke atas Yaman di tengah-tengah ketegangan yang semakin memuncak di Asia Barat, yang dicetuskan oleh perang rejim Israel ke atas Gaza.
Sebuah kapal tangki minyak terbakar di luar pantai Yaman selepas terkena serangan peluru berpandu yang diperaku dilakukan oleh Houthi, lapor PA Media/dpa.
Uganda pada Jumaat berkata pendirian hakim Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Julia Sebutinde dalam kes yang dibawa oleh Afrika Selatan terhadap Israel berkaitan perang di Semenanjung Gaza, tidak mewakili pendirian negara itu.
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh berkata keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) pada Jumaat "mengesahkan berakhirnya era Israel bebas daripada hukuman".
Suruhanjaya Eropah (EU) mendesak Israel supaya mematuhi keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memberi amaran kepada negara Yahudi itu mengenai perbuatannya melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita Jerman dpa.
Menteri Luar Palestin Riyad Al-Maliki menyambut baik perintah sementara yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung perang Israel di Semenanjung Gaza, lapor Agensi Anadolu (AA).
Presiden Afrika Selatan Cyril Ramaphosa dan pegawai kanan kerajaan pada Jumaat menerima baik keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) yang memerintahkan Israel supaya tidak melakukan pembunuhan beramai-ramai (genosid) dalam operasi ketenteraannya di Gaza.
SEORANG model berasal dari Ukraine telah dinobatkan sebagai Miss Japan, sekali gus mencetuskan kontroversi dan perdebatan mengenai apa yang disifatkan sebagai identiti Jepun.
Moscow secara mutlaknya menolak tuduhan Washington dan sekutunya mengenai kerjasama teknikal ketenteraan haram Rusia dengan Korea Utara, menurut jurucakap Kementerian Luar Maria Zakharova pada Jumaat.
Juri tentera di Guantanamo Bay pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara tambahan lima tahun ke atas dua rakyat Malaysia kerana bersubahat dalam pengeboman pengganas yang mengorbankan 202 orang di Bali, Indonesia pada 2002.