Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 26, 2024 23:56 MYT
Januari 26, 2024 23:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 26 Januari 2024.
Presiden Argentina Javier Milei memecat Menteri Infrastruktur Guillermo Ferraro yang disyaki membocorkan maklumat dengan segaja selepas mesyuarat Kabinet baru-baru ini.
Seorang lelaki Afrika Selatan berusia 33 tahun dijatuhi hukuman penjara 24 bulan pada Jumaat selepas mengaku bersalah kerana transit di Singapura dengan tanduk badak sumbu tanpa permit yang sah.
Jenayah kejam Israel melibatkan pembunuhan berama-ramai kini menjadi-jadi setiap hari di bandar-bandar Palestin sejak 7 Okt lalu.
Peguam Perancis Gilles Deversberkata terdapat bukti kukuh untuk mewajarkan waran tangkap dikeluarka n ke atas pihak berkuasa Israel.
Perdana Menteri Palestin menyuarakan harapan agar keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) akan merangkumi langkah-langkah menghentikan tindakan genosid Israel di Gaza.
Angka kematian di Semenanjung Gaza sejak serangan pada 7 Okt lepas kini meningkat kepada 25,900 nyawa, manakala 64,110 lagi cedera.
Sekitar 66 peratus rakyat Palestin di Semenanjung Gaza menghidap penyakit bawaan air seperti taun, cirit-birit kronik dan penyakit usus.
Britain memulangkan semula set pakaian emas Ghana yang dirompak daripada Raja Asante pada abad ke-19.
Maklumat sedang dikumpul "sebagai persediaan kemungkinan peningkatan keselamatan yang akan menyebabkan gangguan bekalan elektrik."
Seandainya kenyataan Netanyahu itu benar, ia disifatkan sebagai "tidak bertanggungjawab" namun "tidak menghairankan."