Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 23, 2024 23:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 Januari 2024.
1. Motaz Azaiza buat keputusan keluar tinggalkan Gaza
Wartawan foto Palestin terkenal, Motaz Azaiza hari ini membuat pengumuman akan keluar dari Gaza, Palestin.
2. Serangan 108 hari Israel ragut nyawa 11,000 kanak-kanak di Gaza
Serangan tentera Israel telah membunuh 11,000 kanak-kanak dan 7,500 wanita di Semenanjung Gaza dalam tempoh 108 hari yang lalu, kata Pejabat Media Kerajaan Gaza pada Isnin.
3. Situasi kesihatan di Khan Younis umpama malapetaka
Situasi kesihatan di Khan Younis, sebuah bandar di selatan Semenanjung Gaza kini umpama malapetaka berikutan serangan berterusan Israel, kata Kementerian Kesihatan di Gaza pada Isnin.
4. Asia Tenggara dijangka sumbang 10 peratus daripada kapasiti solar Asia menjelang 2030
Asia Tenggara dijangka menyumbang 10 peratus daripada jumlah kapasiti solar Asia menjelang 2030, merangkumi pemasangan fotovoltaik terapung (FPV) di tanah dan atas bumbung, mencerminkan penguasaan meluas rantau Asia dalam pasaran FPV global, demikian menurut penyelidikan oleh Rystad Energy.
5. Pelantikan Budi Arie sebagai Menteri Luar Indonesia amalan biasa - Kementerian
Pelantikan Menteri Komunikasi dan Informasi Budi Arie Setiadi sebagai pemangku Menteri Luar semasa ketiadaan Retno Marsudi merupakan amalan biasa dalam pentadbiran.
6. Kren terjatuh di Bangkok, seorang pekerja maut
Sebuah kren dilapor terjatuh di lebuh raya berdekatan Jalan Rama II di Bangkok Thailand, mengakibatkan seorang pekerja maut, manakala seorang lagi cedera parah.
7. Kapal bawa 10 anak kapal, 6 penumpang hilang di Sulawesi
Kapal pengangkut, Bora V yang membawa 10 anak kapal dan enam penumpang hilang di perairan Tagulandang, Sulawesi Utara, selepas terputus hubungan pada Ahad ketika laut bergelora.
8. Death toll in China landslide rises to 11, rescuers still search for missing
The death toll from a landslide in China's Yunnan province rose to 11 on Tuesday as rescue workers battled freezing temperatures and snow to locate dozens of missing people.
9. India's Modi leads consecration of grand Ram temple in Ayodhya
Indian Prime Minister Narendra Modi led the consecration on Monday of a grand temple to the Hindu god Lord Ram on a site believed to be his birthplace, in a celebratory event for the Hindu majority of the world's most populous nation.
10. Bekas bintang Chelsea, Tommy Baldwin meninggal dunia
Bekas penyerang kelab Chelsea Tommy Baldwin meninggal dunia pada usia 79 tahun selepas sekian lama dilaporkan menderita sakit.
#Motaz Azaiza #Gaza #Palestin #Khan Younis #Hospital #Asia Tenggara #solar #Tommy Baldwin #Chelsea
;