Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 19, 2024 23:51 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 19 Januari 2024.
1. Rundingan damai selatan Thailand disambung semula
Selepas hampir setahun tergendala, Proses Dialog Damai di Selatan Thailand akan disambung semula bulan depan, menyemarakkan harapan untuk menamatkan konflik di selatan Thailand yang berlanjutan sejak berpuluh tahun lamanya.
2. Pilpres 2024: Probowo-Gibran calon popular
Institut Tinjauan Petunjuk Politik Indonesia menyiarkan keputusan pilihan calon Pilihan Raya Presiden (Pilpres) 2024 mendapati pasangan Prabowo Subianto-Gibran Rakabuming Raka mendahului Anies Baswedan-Muhaimin Iskandar (Cak Imin) dan Ganjar Pranowo-Mahfud Md.
3. Bekas Menteri Pengangkutan Singapura berdepan 27 pertuduhan di mahkamah - Laporan
Bekas Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran didakwa di mahkamah pada Khamis (18 Jan) dengan pelbagai kesalahan termasuk rasuah dan mendapatkan suapan sebagai penjawat awam, menurut sebuah portal berita tempatan.
4. Israel dakwa sudah lumpuhkan Hamas di utara Gaza
Tentera Israel mengesahkan anggotanya sudah 'menguasai' seluruh wilayah selatan Gaza, Palestin apabila operasi mereka tiba di bahagian paling hujung semenanjung itu pada Khamis.
5. Pengiktirafan global terhadap Palestin yang merdeka penting demi kestabilan serantau
Penubuhan sebuah negara Palestin yang merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara berdasarkan sempadan 1967 adalah penting bagi memastikan keselamatan dan kestabilan di rantau itu, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
6. Saya tidak setuju dengan pembentukan negara Palestin - Netanyahu
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu tegaskan kekal membantah pembentukan sebarang penyelesaian disebut sebagai negara Palestin jika ia tidak menjamin keselamatan Israel.
7. Ireland gesa PM Israel henti perang
Menteri Luar Ireland Micheal Martin menggesa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu untuk menamatkan perang di Gaza secepat mungkin.
8. AS senaraikan semula Houthi sebagai pengganas
Kerajaan Amerika Syarikat (AS) menyenaraikan semula kumpulan Houthi yang berpangkalan di Yaman dalam senarai kumpulan pengganas.
9. New York alami salji lebat lebih 1.5 meter
Kawasan barat New York berhampiran bandar Buffalo mengalami salji lebat melebihi 1.5 meter.
10. Meta ingin bangunkan AGI sumber terbuka untuk semua
Kecerdasan buatan (AI) bukan sahaja telah dicapai tetapi digunakan secara meluas di dunia sejak dua setahun kebelakangan ini.
#Gibran Rakabuming Raka #Palestin #berita pilihan #antarabangsa
;