Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 13, 2024 23:54 MYT
Januari 13, 2024 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 12 Januari 2024.
Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA) menggantung perkhidmatan Boeing 737-9 MAX sehingga pemeriksaan dan penyelenggaraan menyeluruh dijalankan dan data hasil pemeriksaan disemak, menurut FAA menerusi laman sesawangnya pada Jumaat.
Seramai 12 orang maut apabila sebuah bas terjunam ke dalam sungai di daerah Dang di barat Nepal pada Jumaat, lapor Xinhua.
Lai Ching-te dari Parti Progresif Demokratik (DPP) telah memenangi pilihan raya presiden Taiwan.
SEMASA mengambil lesen memandu antara ujian yang paling digeruni ialah memasukkan kereta ke dalam kotak parkir sisi. Ramai yang gagal di sini kerana tidak boleh mengagak jarak dengan baik atau enjin mati.
Perdana Menteri Britain Rishi Sunak umum meterai perjanjian keselamatan baharu dengan Ukraine dan tambahan bantuan ketenteraan kepada Kiev untuk membeli dron.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bimbang dengan risiko pertempuran di rantau Asia Barat semakin memuncak susulan tindakan Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya United Kingdom (UK) melancarkan serangan ke atas Houthi di Yaman.
DARI Brunei ke Malaysia sehingga ke kota London, Istiadat Akad Nikah Diraja antara Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan pasangannya, Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah masih menjadi topik perbualan ramai.
Seorang wanita berusia 85 tahun bersedia menamatkan ikrar selama 30 tahun dengan hanya berdiam diri dan bercakap selama sejam sehari.
Ketua Pejabat kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (OCHA) di Palestin, Adrea de Domenico mendakwa pihak berkuasa Israel secara sistematik menafikan akses ke utara Gaza untuk penghantaran bantuan.
Israel telah gagal untuk menyangkal tuduhan pembunuhan beramai-ramai yang dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) oleh kerajaan Afrika Selatan.