Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 9, 2024 23:58 MYT
Januari 9, 2024 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 9 Januari 2024.
Yang Amat Mulia Pengiran Muda Abdul Mateen Bolkiah dan Yang Mulia Dayang Anisha Rosnah Adam secara rasmi melangsungkan majlis pertunangan hari ini.
Parlimen Korea Selatan pada Selasa meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) khas yang mengharamkan pengambilan daging anjing di negara itu.
Pembunuhan komander kanan kumpulan Hezbollah dalam serangan udara Israel di selatan Lubnan dibimbangi menyebab perang di Asia Barat merebak ke skala lebih luas.
Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman menekankan kepentingan untuk menghentikan serangan Israel ke atas Gaza dalam perbincangan baginda dengan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Isnin.
Tidak mustahil untuk Israel dihukum atas jenayah melakukan genosid terhadap Gaza.
Menculik kanak-kanak berambut keperangan atas alasan kononnya mereka warga Israel yang ditahan di Semenanjung Gaza merupakan satu lagi taktik kejam dan perbuatan tidak berperikemanusiaan oleh tentera Zionis Israel terhadap penduduk Palestin, terutama di Gaza selain serangan berterusan terhadap orang awam sehingga ke hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 orang cedera manakala seorang lagi hilang dalam letupan sebuah hotel di pusat bandar Fort Worth, Texas, Amerika Syarikat (AS) pada Isnin, kata pihak berkuasa, lapor United Press International (UPI).
Sekali lagi pemakaian topeng pelitup muka diwajibkan di hospital dan pusat penjagaan kesihatan di Sepanyol bermula Rabu.
Pihak berkuasa Taiwan mengeluarkan amaran kecemasan di seluruh pulau itu hari ini, mendakwa satelit China melintasi ruang udara selatan wilayah itu kira-kira jam 3.04 petang waktu tempatan.
Indonesia menangguhkan rancangan untuk memperoleh 12 pesawat tempur Mirage 2000-5 kepunyaan Qatar atas faktor kekangan kewangan negara walaupun keperluan tersebut ada.