Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Januari 2, 2024 23:48 MYT
Januari 2, 2024 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 2 Januari 2024.
Sebuah pesawat Japan Airlines dilaporkan terbakar di Lapangan Terbang Haneda di Tokyo dan anggota bomba dilaporkan sedang bertungkus-lumus memadamkan kebakaran ketika ini.
Sekurang-kurangnya 24 orang maut di wilayah Ishikawa selepas beberapa siri gempa bumi kuat melanda tengah Jepun dan kawasan sekitar, Xinhua memetik laporan Agensi Berita Kyodo pada Selasa.
Lebih 100 bangunan dan rumah di bandar Wajima, wilayah Ishikawa hangus akibat kebakaran besar yang berlaku susulan gempa bumi kuat berukuran 7.6 magnitud yang melanda tengah Jepun pada Isnin.
Usaha menyelamat susulan gempa bumi besar yang melanda Jepun pada Isnin terhalang oleh kerosakan teruk pada jalan raya kawasan yang terjejas.
Syarikat kereta api Jepun Timur menggantung semua perkhidmatan kereta api laju atau Shinkansen di laluan Joetsu dan Hokuriku di seluruh wilayah Ishikawa kerana beberapa siri gempa bumi kuat sehingga 7.6 magnitud yang telah menggegarkan pantai tengah Jepun sejak petang Isnin.
Pemimpin parti pembangkang Korea Selatan Lee Jae-myung ditikam di leher pada sidang akhbar di bandar pelabuhan selatan Busan pada Selasa.
Korea utara mengumumkan matlamat dasar tahun baharu termasuk melancarkan tiga lagi satelit peninjau tentera dan membina kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) untuk memperkasakan keupayaan tenteranya.
Lebih kurang 10,000 pesakit kanser di Gaza terputus bekalan ubat-ubatan penting selepas satu-satunya hospital yang memberi rawatan kanser terpaksa menghentikan operasi akibat dibom rejim Israel, lapor Agensi Anadolu.
Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lepas telah membunuh 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan 56,451 yang lain.
10. Ribuan rakyat Malaysia ke Hatyai sempena musim cuti, sumbang 2 bilion baht kepada ekonomi tempatan
Pelawat dari Malaysia ke Hatyai, bandar raya di selatan Thailand yang meriah, meningkat dua kali ganda kepada 20,000 orang setiap hari semasa Krismas dan musim cuti hujung tahun, menyumbang lebih 2 bilion Baht kepada ekonomi tempatan dalam tempoh dua minggu sebelum tahun berakhir.