Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Januari 1, 2024 23:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 1 Januari 2024.
1. Gempa bumi kuat landa Jepun, amaran tsunami peringkat tinggi dikeluarkan
Jepun telah mengeluarkan amaran tsunami peringkat tinggi selepas beberapa siri gempa bumi kuat menggegarkan kawasan barat negara itu pada Isnin.
2. Angka korban serangan Israel di Palestin meningkat kepada 21,822
Operasi ketenteraan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas telah membunuh 21,822 rakyat Palestin dan mencederakan 56,451 yang lain, menurut Kementerian Kesihatan di Gaza pada Ahad.
3. Warga Palestin berdepan 'perang genosid' oleh Israel - Abbas
Rakyat Palestin menghadapi satu "perang genosid" di tengah-tengah serangan Israel di Semenanjung Gaza, kata Presiden Mahmoud Abbas pada Ahad.
4. Serangan udara Israel atas kemudahan PBB di Gaza sejak Okt ragut 300 nyawa - UNRWA
Serangan udara Israel menyasarkan 180 kemudahan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Semenanjung Gaza menyebabkan sekurang-kurangnya 300 orang terbunuh sejak Oktober lepas.
5. Ratu Denmark Margrethe II umum turun takhta
Ratu Denmark Margrethe II mengumumkan bakal menuruni takhta secara rasmi pada 14 Januari, selepas 52 tahun memerintah negara Nordik itu.
6. Venezuela kerah 5,600 tentera selepas Britain hantar kapal perang ke Guyana
Presiden Nicolas Maduro mengarahkan pergerakan lebih 5,600 tentera Venezuela sebagai tindak balas terhadap penempatan kapal perang Britain ke pantai Guyana yang menyebabkan ketegangan di wilayah yang kaya dengan minyak itu, lapor United Press International (UPI).
7. Erdogan says Turkiye to bring about ''real breakthroughs'' in 2024
Natxo Insa pemain tengah berketuruan Sepanyol-Malaysia, yang gembira terpilih menyertai Harimau Malaya, bertekad untuk melakukan yang terbaiknya dalam membantu Malaysia, di Piala Asia 2023 di Doh,a Qatar dari 12 Januari hingga 10 Februari.
8. Ribuan warga Ramallah sambut tahun baharu dengan bersolidariti bersama Semenanjung Gaza
Mereka mendesak penamatan segera perang Israel ke atas Gaza, yang berterusan selama 87 hari dan meragut nyawa puluhan ribu rakyat Palestin, terutamanya kanak-kanak dan wanita, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
9. N Korean leader says Korean Peninsula inching closer to armed conflict
North Korean leader Kim Jong Un called for perfecting the military's readiness posture, saying the Korean Peninsula is "inching closer to the brink of armed conflict" and a potential clash looming at any moment, state media reported Monday.
10. World welcomes 2024 with New Year's fireworks, reflection and a royal farewell
The world welcomed 2024 with a mix of celebration and sombre reflection.
#berita pilihan #antarabangsa #gempa bumi #perang genosid
;