Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 30, 2023 23:48 MYT
Disember 30, 2023 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 30 Disember 2023.
Rusia dilaporkan telah melancarkan serangan udara ke atas Ukraine pada Jumaat, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan mencederakan lebih 160 lagi.
Sekurang-kurangnya 12 nyawa terkorban akibat banjir besar yang melanda selatan Thailand manakala lebih 18,000 keluarga di wilayah Pattani, Narathiwat dan Yala masih terjejas.
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud melanda luar pantai barat utara Sumatera, Indonesia pada 1.19 petang tadi.
BEBERAPA hari yang lalu jualan Apple Watch Ultra 2 dan Apple Watch Series 9 diharamkan di Amerika Syarikat (AS) oleh ITC selepas Apple didapati bersalah melanggar paten oksimeter milik Masimo Corp.
Agensi cuaca Korea Selatan pada Sabtu mengeluarkan amaran salji lebat atau hujan dijangka melanda di kebanyakan kawasan di Seoul menjelang tahun baharu.
Seramai enam orang terbunuh manakala 26 lagi cedera dalam serangan bersenjata di bandar utara Sonora, Mexico.
Afrika Selatan pada Jumaat memfailkan kes terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana rejim itu telah melakukan genosid di Gaza.
Tentera Israel membunuh 106 wartawan Palestin di Semenanjung Gaza dalam tempoh 84 hari sejak serangan bermula pada 7 Okt, lapor Agensi Anadolu.
Ancaman penyakit semakin meningkat di pusat perlindungan sementara di Semenanjung Gaza dengan puluhan ribu orang tinggal dalam keadaan bersesak, menurut Pejabat Penyelarasan Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Sabtu.
Ketua Pengarah Hak Asasi Manusia Kementerian Undang-undang dan Hak Asasi Manusia Dhahana Putra berkata, pengendalian pelarian Rohingya di Indonesia perlu mengutamakan aspek kemanusiaan di samping mengambil kira kepentingan masyarakat setempat.