Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 27, 2023 23:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 27 Disember 2023.
1. Peperangan akan diteruskan dalam beberapa bulan - Israel
Perang Israel terhadap Hamas di Gaza mungkin akan berterusan selama beberapa bulan, kata ketua tentera negara haram itu Herzi Halevi pada Selasa.
2. 'Tiada tempat selamat di Gaza'
Penduduk di kem pelarian Al-Maghazi kembali ke kawasan kejiranan mereka pada Isnin selepas kediaman mereka menjadi ‘padang jarak padang tekukur’ akibat dibom tentera Israel.
3. Jordan, Mesir bincang usaha capai gencatan senjata di Gaza
Menteri Luar Jordan Ayman Safadi bertemu rakan sejawatannya dari Mesir Sameh Shoukry pada Selasa untuk bertukar pendapat mengenai usaha mencapai gencatan senjata di Semenanjung Gaza.
4. China komited desak gencatan senjata dikuatkuasakan
China kekal berhubung dengan semua pihak berepentingan untuk menguatkuasa gencatan senjata serta memastikan semua tahanan dibebaskan.
5. Israel tidak akan beri visa automatik kepada petugas PBB
Israel umum tidak akan lagi memberikan visa secara automatik kepada pekerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
6. Kumpulan Houthi Yaman serang bandar, kapal kargo Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman mengaku bertanggungjawab terhadap serangan peluru berpandu ke atas kapal kontena di Laut Merah dan atas percubaan untuk menyerang Israel dengan dron pada Selasa.
7. Turki lulus usul bidaan Sweden jadi anggota NATO
Jawatankuasa Hubungan Luar Parlimen Turki meluluskan bidaan Sweden untuk menjadi anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).
8. 100 warga Nepal sertai tentera Rusia hilang
Kira-kira 100 warga Nepal yang berkhidmat dalam tentera Rusia dilaporkan hilang atau cedera dalam pertempuran dengan Ukraine.
9. 6 maut, 3 hilang ribut landa Australia
Sekurang-kurangnya enam maut manakala tiga lagi dilaporkan hilang selepas kejadian ribut melanda negeri timur Australia awal minggu ini.
10. Remaja lelaki 14 tahun tembak kakak disebabkan tidak puas hati dengan hadiah Krismas
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun yang menembak mati kakaknya, ditembak pula oleh abangnya yang berusia 15 tahun dalam kejadian pada malam Krismas di Florida, Amerika Syarikat, menurut pihak berkuasa pada Selasa.
#Astro Awani #Israel #Gaza #gencatan senjata #NATO #Sweden #Nepal
;