Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 25, 2023 23:46 MYT
Disember 25, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 Disember 2023.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu meluluskan bajet tetap tahunan kira-kira AS$3.59 bilion.
Seramai dua orang terkorban manakala 29 lagi cedera dalam kebakaran membabitkan sebuah pangsapuri 27 tingkat di Seoul pada Isnin.
Sekurang-kurangnya 23 penerbangan keluar dan masuk dari Lapangan Terbang Sydney Australia dibatalkan pada Hari Krismas susulan hujan lebat dan banjir kilat.
Jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin berkata, tentera Zionis sengaja menyasarkan kem pelarian itu.
Gereja-gereja di Bethlehem memutuskan untuk mengekalkan ritual keagamaan dan membatalkan perayaan lain untuk musim Krismas.
Lelaki itu dikenal pasti sebagai Isaiah Parker, 20-an, dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan beberapa kesan tembakan.
Senarai wartawan termasuk pembunuhan jurukamera Arab Al Jazeera, Samer Abudaqa minggu lalu.
Doktor dan bidan sedang melakukan segala yang mungkin untuk menyediakan penjagaan wanita hamil selepas bersalin.
Ia dilihat sebagai penghinaan kepada Rusia dan Gereja Ortodoks Rusia yang mengikuti kalendar Julian era Rom untuk majlis keagamaan.
Wartawan Palestin, Muhammed Abu Hweidy adalah yang terbaharu terbunuh dalam serangan udara Israel di rumahnya di timur Kota Gaza pada Sabtu.