Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 14, 2023 15:54 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Disember 2023.
1. Washington gesa Israel tamatkan perang Gaza hujung tahun ini
Amerika Syarikat (AS) menggesa Israel supaya ‘mempercepatkan operasi di Gaza’ selepas komuniti antarabangsa terus mengecam tindakan zalim Zionis di wilayah itu.
2. 10 askar Israel terbunuh, Netanyahu mahu serangan diteruskan
Israel melaporkan 10 tentera, termasuk dua pegawai tertingginya terbunuh dalam tempoh 24 jam yang lalu.
3. Kem pelarian Jabalia ditenggelami air
Kem pelarian Jabalia di timur laut Kota Gaza dilanda banjir selepas susulan hujan lebat dan angin kencang melanda kawasan pantai.
4. 91 peratus penduduk Gaza kebuluran
Unit kereta kebal dan jet pejuang Israel melancarkan serangan baharu ke atas penduduk Palestin yang kelaparan di selatan Semenanjung Gaza berikutan aliran bantuan terhenti akibat kempen pengeboman yang ganas dan berlarutan selama lebih dua bulan.
5. Gaza: Israel hilang sokongan dunia, kata PM Ireland
Perdana Menteri Ireland pada Rabu berkata apa yang berlaku di Gaza juga merupakan bencana bagi Israel kerana rejim itu kehilangan sokongan di seluruh dunia.
6. Skandal dana politik: 3 menteri Jepun letak jawatan
Seramai tiga menteri Jepun meletak jawatan pada Khamis di tengah-tengah skandal dana politik yang tertumpu kepada kumpulan terbesar dalam parti yang memerintah Liberal Democratic Party (LDP), Xinhua memetik laporan media tempatan.
7. Jepun lapor kes kematian pertama mpox
Jepun pada Rabu mengesahkan kematian pertama akibat jangkitan mpox di negara itu.
8. PM Thailand Srettha akan hadir Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan melakukan lawatan kerja ke Tokyo Jepun dari 14 hingga 18 Disember untuk menghadiri Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-Jepun sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama.
9. Penjualan kit ujian COVID-19 di Singapura laris, melonjak 50 peratus
Kementerian Kesihatan Singapura mengesahkan peruncit dan farmasi di republik itu mempunyai bekalan kit Ujian Rapid Antigen (ART) COVID-19 yang mencukupi.
10. Indonesia gesa UNHCR ambil tindakan segera berhubung penempatan Rohingya
Indonesia meminta Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNHCR) menggesa negara-negara di bawah Konvensyen Pelarian mempercepat penempatan semula pelarian Rohingya.
#COVID-19 #UNHCR #berita pilihan #antarabangsa