Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Disember 6, 2023 23:51 MYT
Disember 6, 2023 23:51 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 6 Disember 2023.
Angka kematian akibat letusan Gunung Marapi di wilayah Sumatera Barat di Indonesia meningkat kepada 23, kesemuanya pendaki, lapor agensi berita Jerman (dpa) memetik kenyataan polis pada Rabu.
Tentera Israel mendakwa berjaya mengukuhkan kedudukan di sekitar Bandar Utama Selatan Gaza, Khan Younis pada Selasa.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata keadaan di Semenanjung Gaza semakin memburuk setiap jam.
Empat negara ASEAN - Indonesia, Malaysia, Filipina dan Thailand - menyaksikan 26 kejadian bencana minggu lepas, menurut Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN (AHA Centre).
Ketelusan penyaluran kewangan iklim menjadi halangan terbesar untuk negara membangun untuk mencapai inisiatif mitigasi dan adaptasi perubahan iklim.
Jumlah kematian banjir yang tercetus akibat El Nino di Kenya meningkat kepada 160 orang, dengan 529,120 orang daripada 105,824 isi rumah kehilangan tempat tinggal, menurut jurucakap kerajaan Isaac Mwaura pada Selasa.
Cuaca Artik menyelubungi Rusia dengan suhu di hutan Siberia jatuh kepada -58 darjah Celsius, pada Selasa.
Beijing pada Selasa berkata program kemasukan tanpa visa untuk enam negara telah membuahkan "keputusan positif," dengan peningkatan bilangan pengunjung yang memasuki wilayah China sejak awal Disember.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengakui, keputusannya untuk kembali bertanding pada pemilihan presiden 2024 kerana pesaingnya dari Republikan, Donald Trump, turut mencuba nasib bagi penggal kedua.
Britain mencadangkan garis panduan baharu semakan umur bagi melindungi kanak-kanak daripada mengakses pornografi dalam talian, pada Selasa.