Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Disember 2, 2023 23:50 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 2 Disember 2023.
1. Indonesia: Gunung Merapi muntahkan abu setinggi 2,000 meter
Gunung Merapi yang terletak di sempadan Jawa Tengah dan Yogyakarta memuntahkan abu gunung berapi menyebabkan hujan abu di Boyolali dan Magelang pada Jumaat
2. Sekurang-kurangnya 61 wartawan terbunuh di Gaza sejak 7 Okt
Jumlah wartawan dan petugas media yang terkorban sejak konflik Palestin-Israel meletus pada 7 Okt lepas kini mencecah seramai 61 orang, menurut kenyataan Jawatankuasa Melindungi Wartawan (CPJ), lapor Sputnik.
3. Banjir kilat di Sumatera Utara: 12 masih hilang, 50 keluarga dipindahkan
Banjir kilat melanda kampung Simangulampe, mukim Baktiraja pada Jumaat menyebabkan sekurang-kurangnya 12 orang hilang dan seorang cedera parah.
4. COP28: AS akan umum ikrar sumbangan AS$3 bilion
Amerika Syarikat (AS) dijangka mengumumkan komitmen sumbangan AS$3 bilion kepada Dana Iklim Hijau (GCF) pada Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28).
5. COP28: Macron gesa anggota G-7 henti guna arang batu menjelang 2030
Presiden Perancis Emmanuel Macron pada Jumaat menggesa negara anggota G7 supaya berhenti menggunakan arang batu menjelang 2030.
6. Hamas dedah rakaman video siap sedia serang kereta kebal Israel
Sayap bersenjata pergerakan Hamas mengeluarkan rakaman video memberi gambaran pihaknya bersiap sedia menyerang kereta kebal Israel di Gaza.
7. 'Dunia jauh tersasar tangani perubahan iklim' - Raja Charles
Raja Charles III menyifatkan dunia "sangat jauh tersasar" dalam menangani perubahan iklim.
8. Iran desak negara-negara Islam lipat ganda usaha henti jenayah perang Israel
Menteri Luar Iran Hossein Amir-Abdollahian berkata tindakan rejim Zionis Israel melancarkan semula serangan terhadap rakyat Gaza menunjukkan sikap tidak kisah rejim ini terhadap permintaan masyarakat dunia.
9. Misi cari pelombong haram terperangkap dipergiat
Pihak berkuasa Zambia mempergiat misi mencari pelombong haram yang terperangkap dalam kejadian lombong runtuh, kata Menteri Perlombongan dan Pembangunan Mineral Paul Kabuswe pada Jumaat.
10. Israel mahu zon penampan di Gaza selepas tamat konflik
Israel memaklumkan beberapa negara di rantau itu mahukan zon penampan di sempadan Gaza untuk mengelakkan serangan masa depan selepas tamat konflik dengan Hamas.
#berita antarabangsa #pelombong haram #zon penampan #banjir kilat
;