Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 29, 2023 23:55 MYT
November 29, 2023 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 29 November 2023.
Sebuah pesawat tentera Amerika Syarikat (AS) yang membawa lapan penumpang terhempas di perairan pulau Yakushima, Wilayah Kagoshima di barat daya Jepun pada Rabu.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan untuk melakukan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu.
Satu-satunya gajah Filipina mati di Zoo Manila selepas berada di zoo itu selama 46 tahun.
Kegagalan untuk membawa pelaku jenayah perang ke muka pengadilan hanya akan mengesahkan persepsi hipokrit, pilih kasih dan 'double standard'.
Rusia bersedia memberikan pengecualian visa kepada pelawat Malaysia, kata Timbalan Ketua Misi Kedutaan Rusia ke Malaysia, Alexander Zimin.
Gunung berapi Anak Krakatau di Selat Sunda meletus sebanyak 87 kali pada tahun ini, menurut Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG).
Data tidak rasmi menunjukkan kira-kira 6,500 orang masih hilang, termasuk lebih 4,700 kanak-kanak dan wanita.
Kesemua mangsa berada dalam keadaan sihat bagaimanapun perlu mendapat rawatan dan pemantauan daripada pihak hospital.
WHO mengulangi kebimbangan mengenai peningkatan penyakit berjangkit terutamanya kepada golongan wanita dan kanak-kanak.
Herzi Halevi menyifatkan tentera IDF kini berada pada tahap kesiap siagaan untuk meneruskan pertempuran.