Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 27, 2023 23:40 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 27 November 2023.
1. "Tanggungjawab besar," kata Luxon selepas angkat sumpah sebagai Perdana Menteri New Zealand
Christopher Luxon pada Isnin secara rasmi mengangkat sumpah sebagai perdana menteri New Zealand yang ke-42.
2. Konflik Palestin-Israel: PM Thailand zahir ucapan terima kasih kepada Malaysia - Anwar
Anwar memaklumkan, Srettha Thavisin menzahirkan ucapan terima kasih kepada Malaysia atas bantuan menyelamatkan tawanan rakyat negara itu dalam konflik yang berlaku di Gaza.
3. Jumlah rakyat Palestin ditahan di penjara Israel melebihi 7,000
Ini termasuk lebih 200 remaja dan kanak-kanak, 78 wanita selain ratusan orang sakit dan cedera yang masih memerlukan rawatan.
4. PM Thai ucap terima kasih kepada Anwar bantu rundingan pembebasan tahanan di Gaza
Kementerian Luar Thailand memaklumkan 17 warganya yang ditahan dalam serangan Hamas ke atas Israel pada 7 Oktober lalu sudah dibebaskan sehingga Isnin.
5. PM Anwar bertemu PM Thailand di Sadao
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan pertemuan dengan rakan sejawat dari Thailand, Srettha Thavisin.
6. Isu Selatan Thai: Bangkok lantik tokoh bukan tentera sebagai ketua perunding
Kerajaan Thailand menamakan Chatchai Bangchuad sebagai ketua perunding mewakili kerajaan dalam dialog damai Selatan Thailand.
7. China: 2.25 juta duduki peperiksaan untuk jadi penjawat awam
Peperiksaan pada tahun ini menarik lebih 2.61 juta pemohon dengan kira-kira satu daripada 57 calon mungkin akan diambil bekerja.
8. Kabinet Israel bincang kemungkinan sambung gencatan senjata
Syarat-syarat untuk memanjangkan gencatan senjata itu masih kekal dengan apa yang dipersetujui dalam rundingan asal.
9. Turki, Iran bertegas sepakat menentang kezaliman Israel
Turki dan Iran juga sependapat semua negara Islam yang lain harus mempunyai pendirian yang sama.
10. Hamas gesa Presiden Biden beri tekanan pada Israel akhiri keganasan di Gaza
Sekadar bercakap mengenai pemanjangan gencatan senjata bukanlah penyelesaian peperangan, kata Hamas.
#gencatan senjata #Christopher Luxon #Srettha Thavisin #berita antarabangsa