Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 15, 2023 23:54 MYT
November 15, 2023 23:54 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 15 November 2023.
Tentera Israel menyerbu Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada awal Rabu.
Israel mendakwa tenteranya sudah mengawal kota Gaza setelah menewaskan kumpulan pejuang Islam Hamas di Semenanjung Gaza.
Menteri Luar Israel, Eli Cohen menyelar Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres dan mendakwa beliau tidak layak untuk menerajui pertubuhan global itu.
Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan yang menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) ke-17 dan ADMM-PLus ke-10 di Jakarta pada Rabu, menyuarakan kebimbangan mendalam Malaysia berhubung situasi di Gaza dan keperluan gencatan senjata segera.
Pengarah Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di Gaza pada Selasa berkata bahawa fasiliti kesihatan itu kini telah dikosongkan dan tidak lagi berfungsi.
Korea Utara telah membangunkan enjin bahan api pepejal tujahan tinggi jenis baharu untuk peluru berpandu balistik jarak sederhana, Xinhua memetik laporan rasmi Agensi Berita Korean Central News Agency (KCNA) pada Rabu.
Jepun kini memantau teliti perkembangan di Korea Utara termasuk lawatan delegasi kerajaan Rusia ke Pyongyang, lapor Sputnik memetik kenyataan Ketua Setiausaha Kabinet Jepun Hirokazu Matsuno pada Rabu.
Proses pengesahan permohonan Sweden untuk menyertai NATO mungkin selesai pada hujung 2023 jika tiada perkara yang boleh menjejaskan keadaan, menurut sumber dari Perhimpunan Agung Kebangsaan Turki, Parlimen negara itu, kepada Sputnik.
Menteri Britain yang dipecat, Suella Braverman melancarkan serangan terhadap Perdana Menteri dengan menuduh Rishi Sunak mengkhianati beliau dan negara, pada Selasa.
Greta Thunberg akan dihadapkan di Mahkamah Majistret Westminster London pada Rabu atas dakwaan menjejaskan ketenteraman awam semasa melakukan protes di London, lapor agensi berita Jerman (dpa).
#Israel
#Gaza
#Al Shifa
#PBB
#Mohamad Hasan
#Menteri Pertahanan
#Hospital
#Rusia
#Jepun
#Korea Utara
#NATO
#Turki
#UK
#Sunak
#Greta Thunberg