Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 14, 2023 23:58 MYT
November 14, 2023 23:58 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 14 November 2023.
Pengeluar minyak dari negara Islam digesa menghentikan penjualan bekalan minyak dan gas bukan hanya kepada Israel malah sekutunya Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Seluruh Semenanjung Gaza umpama menunggu "hukuman mati" sejak talian komunikasi terputus yang menyukarkan untuk menghubungi ambulans dan pasukan kecemasan, menurut Pejabat Media Gaza pada Selasa.
Hamas memaklumkan pihak pengantara Qatar bahawa kumpulan itu bersedia untuk membebaskan sehingga 70 wanita dan kanak-kanak yang ditahan di Gaza sebagai balasan gencatan senjata lima hari dengan Israel.
Rakyat Palestin di Gaza menyuarakan kekecewaan dengan resolusi yang diluluskan pada Sidang Kemuncak Tergempar Islam-Arab, sebaliknya mereka menggesa dunia Islam mencari jalan penyelesaian yang benar-benar praktikal untuk menamatkan pencerobohan Israel.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu terus menunjukkan sikap angkuh apabila mengugut pemimpin Arab supaya tidak masuk campur dalam menyuarakan isu konflik Palestin-Israel.
Parlimen Denmark pada Selasa membahaskan rang undang-undang (RUU) untuk mengharamkan pembakaran al-Quran, rentetan penghinaan terhadap kitab suci itu mencetuskan kemarahan di negara-negara Islam.
Seramai 21 pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) mula tiba di San Francisco bagi menghadiri Mesyuarat kali ke-30 forum antara kerajaan itu yang dijadual berlangsung dari 14-17 Nov.
Dua bandar raya India menyertai New Delhi untuk menjadi antara 10 lokasi paling tercemar di dunia.
Seramai lima anggota tentera Amerika Syarikat (AS) terkorban dalam nahas helikopter terhempas di timur Mediterranean.
Upacara perasmian laluan kereta api Dohazari-Cox's Bazar yang dibina dengan kerjasama syarikat China diadakan di sini, pada 11 November.
#Israel
#Mahathir Mohamad
#minyak
#Gaza
#Hamas
#Islam
#Arab
#Zionis
#Benjamin Netanyahu
#Al-Quran
#Denmark
#San Francisco
#India
#New Delhi
#AS
#Bangladesh