Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 13, 2023 23:50 MYT
November 13, 2023 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 13 November 2023.
Dua hospital terbesar di Gaza, Al-Shifa dan Al-Quds, telah ditutup, dengan penembak tepat Israel terus melepeaskan tembakan terhadap sesiapa sahaja berhampiran Hospital Al-Shifa, sekali gus memerangkap ribuan orang di dalamnya.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu temu bual bersama penyiar NBC, News, Kristen Welker tetap berdegil menolak permintaan antarabangsa yang semakin membuak memaksa Israel mengadakan gencatan sejata.
Rakyat Malaysia Nurul Ain Haron yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M. Shaat selamat dibawa keluar melalui Lintasan Sempadan Rafah pada Ahad (12 Nov) pukul 8.23 malam waktu tempatan (2.23 pagi waktu Malaysia).
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Nurul Ain Haron, warganegara Malaysia yang berada di kawasan konflik Gaza bersama suaminya warga Palestin Mohamed A.M Shaat, untuk menjelaskan situasi di Palestin kepada rakyat di negara ini sebaik pulang ke tanah air.
Serangan tanpa henti rejim Israel di Semenanjung Gaza memburukkan lagi krisis kesihatan mental kanak-kanak, apabila tiada lagi perkhidmatan kesihatan mental, menurut organisasi bukan kerajaan Save the Children.
Indonesia berjaya memindahkan dua keluarga dari Semenanjung Gaza, sementara tiga warganya masih tinggal berhampiran Hospital Indonesia di utara Gaza.
Kesatuan Eropah (EU) pada Ahad menyertai masyarakat dunia mendesak supaya dihentikan serta-merta perang dan segera membentuk koridor bantuan kemanusiaan di Gaza.
New Delhi terus bergelut dengan masalah pencemaran udara, diburukkan lagi dengan sikap orang ramai yang tidak mengendahkan larangan bermain bunga api semasa sambutan Deepavali.
Menteri Kesihatan Palestin Mai Al-Kaila pada Ahad menyeru Jawatankuasa Palang Merah Antarabangsa (ICRC) untuk mendesak Israel menghentikan serangan ke atas Semenanjung Gaza.
Pengarah-pengarah serantau Tabung Penduduk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA), Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyeru tindakan segera bagi menghentikan serangan berterusan ke atas hospital di Gaza.