Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 12, 2023 15:49 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 12 November 2023.
1. Puluhan terperangkap selepas terowong dalam pembinaan runtuh di India
Berpuluh-puluh pekerja terperangkap selepas sebuah terowong jalan raya yang sedang dalam pembinaan runtuh di Uttarakhand di utara India pada Ahad.
2. Protes tanda solidariti bersama Palestin terus diadakan di seluruh dunia
Di seluruh dunia pada Sabtu menyaksikan orang ramai berhimpun sebagai tanda solidariti bersama rakyat Palestin sambil menuntut gencatan senjata segera di Semenanjung Gaza.
3. Semakin banyak restoran dengan bintang Michelin ditutup
Selepas 26 tahun beroperasi, sebuah restoran yang mempunyai bintang Michelin di Belfast, Ireland Utara, bakal ditutup kerana kos yang semakin meningkat, baik untuk pelanggan mahupun pengusaha restoran.
4. Tentera Israel tembak sesiapa sahaja yang keluar dari Hospital Al-Shifa - Doktor
Seorang doktor di Hospital Al-Shifa di Bandaraya Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa tentera Israel melepaskan tembakan ke arah sesiapa sahaja yang mahu keluar dari hospital itu.
5. Jokowi kemuka empat cadangan tamatkan krisis Gaza
Presiden Indonesia Joko Widodo mengemukakan empat cadangan untuk menangani krisis di Gaza iaitu gencatan senjata segera, mempercepat bantuan kemanusiaan, mempertanggungjawabkan Israel ke atas kekejaman yang dilakukan dan menyokong penyelesaian dua negara dengan menyambung semula rundingan damai.
6. 53 trak bantuan tambahan masuk ke Gaza
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin pada Sabtu berkata sebanyak 53 trak bantuan tambahan memasuki Semenanjung Gaza dari Mesir melalui lintasan sempadan Rafah.
7. Tiket semurah RM6 kerana gangguan teknikal, syarikat penerbangan China tidak batal tiket
SYARIKAT penerbangan China Southern Airlines berkata pihak mereka akan menghormati penjualan tiket berharga semurah RM6.45 semasa gangguan teknikal yang berlaku selama dua jam pada aplikasi dan platform tempahan tiket, minggu lalu.
8. Liga Arab-OIC lantik wakil mulakan langkah segera tamatkan perang di Gaza
Sidang Kemuncak Tergempar Liga Arab dan Negara Islam pada Sabtu meluluskan ketetapan menuntut Israel serta merta menamatkan keganasan ke atas Semenanjung Gaza selain menolak tindakan melancarkan perang atas sebab mempertahankan diri atau bagi mewajarkannya atas apa jua alasan.
9. “Jangan buat kesilapan dan mulakan perang” - Amaran Israel kepada Lubnan
Perdana Menteri Israel mengeluarkan amaran yang tegas kepada pasukan Hezbollah dari Lubnan agar jangan sesekali melakukan kesilapan dan menyebabkan tercetus satu lagi episod peperangan.
10. Israel akan lawan Hamas, tidak peduli seruan gencatan senjata - Benjamin Netanyahu
Benjamin Netanyahu menolak seruan antarabangsa agar gencatan senjata segera dilakukan, sebaliknya, berazam untuk terus memberi tekanan dan sekali gus melawan musuhnya, Hamas di Gaza.
#berita antarabangsa #berita pilihan #Liga Arab-OIC #Hospital Al-Shifa