Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
November 10, 2023 23:55 MYT
November 10, 2023 23:55 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 10 November 2023.
Malaysia dan Thailand berminat untuk mengukuhkan kerjasama dalam sektor pelancongan dan pertanian dengan memanfaatkan potensi kedua-dua sektor terbabit, kata Duta Besar Malaysia ke Thailand Datuk Jojie Samuel.
Pasukan pembedahan dari NYU Langone Health, sebuah pusat perubatan akademik di Universiti New York melakukan pemindahan pertama keseluruhan mata dan separa muka ke atas seorang veteran tentera berusia 46 tahun, lapor Sptunik memetik pusat perubatan itu pada Khamis.
Pengeluar kereta Jerman Volkswagen mengurangkan pengeluaran dua model kereta elektrik di kilangnya di Emdennya di Lower Saxony, menurut jurucakap kilang itu kepada Agensi Berita Jerman (dpa).
Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.
Saintis menemui semula spesies mamalia yang telah lama hilang di Pergunungan Cyclops, Papua, Indonesia, lebih 60 tahun selepas kali terakhir ia direkodkan.
Wakil Indonesia pada Jumaat menyeru agar semua negara mendesak Israel menghentikan serangan terhadap Gaza.
Jawatankuasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Persoalan Ekonomi dan Kewangan (Jawatankuasa Kedua) atau UN General Assembly's Committee on Economic and Financial Questions (Second Committee) mengundi menyokong resolusi yang mengesahkan kedaulatan rakyat Palestin ke atas sumber asli mereka
Pemimpin Parti Move Forward (MFP), Pita Limjaroenrat berikrar untuk bertanding jawatan Perdana Menteri semula, menentang kuasa konservatif yang menghalangnya daripada tugas awal tahun ini walaupun beliau berdepan kes mahkamah.
Kesatuan Eropah (EU) menjalankan siasatan terhadap dua platform media sosial, YouTube dan TikTok bagi mengetahui tindakan yang diambil oleh platform milik Amerika Syarikat (AS) dan China itu untuk memastikan keselamatan kanak-kanak di bawah umur di kedua-dua platform terbabit.
Bekas ketua Parti Rakyat (PP) berhaluan tengah Sepanyol di wilayah Catalonia ditembak di muka dalam satu insiden di ibu kota Madrid.