Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 9, 2023 23:56 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 9 November 2023.
1. Gaza: WHO beri amaran risiko penyakit berjangkit merebak ketika konflik berlanjutan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Rabu mengeluarkan amaran mengenai risiko penularan penyakit berjangkit di Gaza di tengah-tengah kepungan Israel dan serangan yang berlanjutan.
2. Israel dakwa Hamas hilang kawalan di utara Gaza
Rejim Zionis Israel mendakwa, pejuang Hamas telah kehilangan kawalan di utara Gaza pada Rabu.
3. Terdapat kesalahan yang jelas dalam operasi ketenteraan Israel - PBB
Jumlah kematian orang awam di Gaza dalam konflik perang yang berpanjangan membuktikan kesalahan sangat jelas oleh operasi ketenteraan Israel.
4. Lintasan Rafah ditutup sementara - AS
Lintasan sempadan Rafah ke Gaza ditutup disebabkan "keadaan keselamatan" yang tidak mengizinkan, pada Rabu.
5. Hospital di utara Gaza tidak menerima bantuan kemanusiaan
Gaza sedang mengalami kelumpuhan bantuan kemanusian khususnya ubatan-ubatan untuk memasuki semenanjung dan utara wilayah itu sejak tercetusnya serangan pada 7 Oktober.
6. Perang Palestin-Israel: Rundingan bebaskan tebusan sebagai pertukaran bantuan kemanusiaan
Perjanjian antara Zionis Israel dan pejuang Hamas untuk membebaskan sehingga 50 tawanan yang ditahan di Gaza gagal dicapai disebabkan pelancaran operasi darat Israel pada 27 Oktober lalu.
7. Lebih 100 trak bantuan dibenar menyeberang sempadan Rafah
Sebanyak 106 trak yang membawa makanan, air dan bekalan perubatan tiba di sempadan Rafah di antara Mesir dan Gaza pada Rabu.
8. Presiden Xi mahu China perkasa pembinaan komuniti berkongsi nasib menerusi ruang siber
Pelbagai pihak perlu memperdalam pertukaran dan kerjasama praktikal bagi memacu dan memperluas pembinaan komuniti berkongsi nasib menerusi ruang siber ke arah mencapai tahap baharu, kata Presiden China Xi Jinping.
9. Delhi larang kemasukan teksi dari negeri lain ekoran kualiti udara semakin buruk
Pihak berkuasa tempatan pada Rabu mengumumkan bahawa teksi berasaskan aplikasi dari negeri lain tidak dibenarkan memasuki Delhi susulan kualiti udara yang semakin buruk.
10. 32 peratus rakyat Korea Selatan berpendapat tidak perlu penyatuan dengan Korea Utara
Penyatuan dengan Korea Utara tidak perlu menurut 32 peratus rakyat Korea Utara iaitu skor tahap tertinggi sepanjang masa sejak pengundian bermula pada awal 2015.
#WHO #Israel #anratabangsa #berita pilihan'
;