Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 3, 2023 23:45 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 3 November 2023.
1. 4 sekolah yang menjadi tempat perlindungan Gaza rosak dalam masa 24 jam
Sebanyak empat buah sekolah yang digunakan sebagai tempat perlindungan bagi mangsa perang di Gaza mengalami kerosakan dalam tempoh kurang 24 jam selepas rakaman menunjukkan kesan dua letupan di sekolah sebelum ini, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
2. Perancis hantar bantuan “kapal hospital” ke Gaza
Seperti yang diumumkan sebelum ini, Perancis telah menghantar bantuan perubatan ke Semenanjung Gaza, kata Menteri Pertahanannya, Sebastien Lecornu.
3. “Israel ada hak pertahan diri,” kata Naib Presiden Amerika Syarikat
Naib Presiden Amerika Syarikat (AS), Kamala Harris kini berada di kota London bagi menyertai Sidang Keselamatan Kecerdasan Buatan (AI) United Kingdom (UK), turut berkongsi pendapat mengenai peperangan yang berlanjutan di Semenanjung Gaza.
4. Sam Bankman-Fried didapati bersalah tipu pelanggan, boleh dipenjara sehingga 115 tahun
Pengasas FTX, Sam Bankman-Fried didapati bersalah atas tujuh pendakwaan menipu pelanggan-pelanggannya dengan nilai keseluruhan AS$8 bilion.
5. Perisytiharan keselamatan AI diumum pada Sidang Kemuncak UK
Pengisytiharan mengenai keselamatan kecerdasan buatan (AI) diumumkan pada sidang kemuncak di sini pada Khamis.
6. Taufan Otis: Mexico isytihar 47 bandar di Guerrero zon bencana
Kerajaan Mexico pada Khamis mengisytiharkan 47 majlis perbandaran di Guerrero sebagai zon bencana alam, melayakkan mereka mendapat dana persekutuan bagi membiayai usaha pemulihan selepas dibadai Taufan Otis.
7. Rakyat Gaza rasa tersisih di tengah serangan bertalu-talu Israel - Sukarelawan Palestin
Penduduk di Gaza berasa tersisih di tengah serangan berterusan Israel ke atas wilayah yang terkepung, kata seorang sukarelawan Palestin, Dr Tareq M. Altalmas dan menyeru penyelesaian konkrit untuk mengakhiri "genosid" berkenaan.
8. Pilihan raya umum Pakistan pada 8 Feb
Suruhanjaya Pilihan Raya Pakistan (ECP) pada Khamis mengumumkan 8 Februari tahun depan sebagai tarikh rasmi pilihan raya umum di negara Asia Selatan itu, lapor Xinhua.
9. 3 diselamatkan selepas hanyut di laut rupanya lanun Selat Melaka, Selat Singapura
Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) menyelamatkan tiga individu pada Isnin selepas terkandas di laut akibat ombak besar, tetapi ditahan pula oleh pihak tentera laut kemudiannya selepas terdapat keraguan akan aktiviti pelayaran mereka.
10. 59 cedera dalam kemalangan lima bas di Korea Selatan
Sejumlah 59 orang cedera, termasuk seorang cedera parah, dalam kemalangan yang melibatkan lima bas di lebuh raya di Korea Selatan pada Jumaat, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita Yonhap.
#berita pilihan #antarabangsa #Palestin-Israel #zon bencana
;