Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
November 1, 2023 23:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 1 November 2023.
1. Belanda hormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin - Anwar
Belanda menghormati pendirian Malaysia berhubung isu Palestin serta bersetuju perlu ada langkah segera untuk menghentikan serangan Israel ke atas Palestin, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
2. Negara Arab kecam serangan Israel ke atas kem pelarian Jabalia di Gaza
Negara-negara Arab mengutuk serangan udara Israel ke atas kem pelarian Jabalia di utara Gaza pada Selasa hingga menyebabkan ratusan terbunuh dan cedera, lapor Agensi Anadolu.
3. Perang Palestin-Israel: 59 trak sarat bantuan masuk ke Gaza - PRCS
Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) pada Selasa berkata sebanyak 59 trak bantuan telah memasuki Semenanjung Gaza melalui lintasan sempadan Rafah.
4. Enam trak bawa bantuan dari Jordan selamat tiba di Tebing Barat
Trak yang membawa ubat-ubatan dan peralatan perubatan dari Jordan selamat tiba di gudang Kementerian Kesihatan Palestin di Ramallah pada petang Selasa, lapor Agensi Berita Jordan (Petra).
5. Pegawai PBB letak jawatan sebagai langkah bantahan kepada PBB
Pengarah Badan Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Craig Mokhiber, meletakkan jawatan sebagai bantahan ke pertubuhan itu yang disifatkan gagal dalam menjalankan tugas menghalang pembunuhan beramai-ramai orang awam Palestin di Gaza oleh rejim Israel.
6. China didakwa hapus nama Israel dalam peta digital
Dua syarikat gergasi teknologi China telah menghapuskan nama Israel dalam peta digitalnya selepas pengguna menyedari tiada nama negara haram itu di enjin pencarian Baidu dan Alibaba.
7. Kebakaran hutan: Sembilan bangunan pedalaman California Selatan musnah
Kebakaran hutan yang dipacu angin memusnahkan sekurang-kurangnya sembilan bangunan di pedalaman California Selatan, Amerika Syarikat (AS).
8. Ukraine rayu Washington tingkatkan bantuan ketenteraan - Laporan
Ukraine merayu kepada negara-negara Barat khususnya Amerika Syarikat (AS) untuk meningkatkan bantuan ketenteraan memandangkan minat Washington untuk membantu Kyiv dilihat semakin berkurangan selepas kegagalan serangan balas Ukraine selain konflik di Gaza.
9. Moscow akan balas langkah Bulgaria batal akreditasi wartawan Rusia
Rusia akan mengambil tindak balas terhadap keputusan pihak berkuasa Bulgaria membatalkan akreditasi pewarta akhbar Rossiyskaya Gazeta, kata jurucakap Kementerian Luar Rusia Maria Zakharova pada Rabu, lapor Sputnik.
10. Visi komuniti berkongsi nasib termaktub dalam resolusi UNGA
Visi komuniti berkongsi nasib sesama insan termaktub dalam resolusi yang diluluskan Jawatankuasa Pelucutan Senjata dan Keselamatan Antarabangsa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) di sini, pada Selasa.
#berita pilihan #antarabangsa #Palestin-Israel #wartawan rusia
;