Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 25, 2023 23:53 MYT
Oktober 25, 2023 23:53 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 25 Oktober 2023.
Sekurang-kurangnya enam buah hospital di Gaza terpaksa ditutup akibat kekurangan bahan api, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa.
Lebih 700 rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara Israel dalam tempoh semalaman.
Lebih 5,795 rakyat Palestin terbunuh manakala 18,000 lagi cedera akibat serangan rejim Israel di Semenanjung Gaza dan Tebing Barat sejak 7 Oktober lalu.
Israel berpendirian tegas dan kejam untuk tidak membenarkan bahan api memasuki Gaza walau dalam apa jua keadaan sekalipun.
Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden dan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohamed bin Salman pada Selasa mengadakan perbicangan mengenai usaha yang perlu diambil untuk mengelakkan perang antara Palestin dan Israel berpanjangan, kata White House.
Presiden Palestin Mahmoud Abbas menyalahkan Israel dan negara sekutunya yang menyokong tindakan kejam zionis terhadap rakyat Palestin.
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres sifatkan wujud pencabulan jelas ke atas undang-undang kemanusiaan antarabangsa di Semenanjung Gaza.
Lima orang, termasuk tiga kanak-kanak maut dalam kejadian tembakan di Kanada, lapor Xinhua pada Selasa.
Seramai 543 pekerja sebuah lombong emas di timur Johannesburg di Afrika Selatan dijadikan tebusan sejak Ahad lepas.
China pada Rabu mengumumkan pemilihan tiga angkawasan iaitu Tang Hongbo, Tang Shengjie dan Jiang Xinlin untuk menjalankan misi Shenzhou-17.