Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 20, 2023 23:50 MYT
Oktober 20, 2023 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 20 Oktober 2023.
Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman mengulangi sokongan negara itu untuk mencapai penyelesaian kekal kepada perjuangan rakyat Palestin.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap anggota Majlis Keselamatan PBB, terutamanya lima anggota tetap badan dunia itu memainkan peranan mereka sebagai broker keamanan yang jujur dalam mencari penyelesaian kepada konflik Palestin-Israel.
Gabungan Wanita Malaysia untuk Al-Quds dan Palestin (MWCQP) menghantar nota bantahan kepada Kedutaan Amerika Syarikat di ibu negara pada Jumaat.
Putera Mahkota yang juga Perdana Menteri Arab Saudi Mohammed bin Salman yang sedih menyaksikan keganasan yang semakin meningkat di Gaza menyeru agar operasi ketenteraan dihentikan di bandar-bandar yang terkepung.
Kementerian Kesihatan Gaza mengesahkan empat hospital di wilayah itu yang dikepung, lumpuh ekoran menjadi sasaran langsung serangan udara Israel, lapor agensi berita Jordan (Petra).
Pihak gereja Orthodox Patriarchate of Jerusalem mengutuk sekeras-kerasnya serangan udara Israel ke atas perkarangan gerejanya di Gaza pada Khamis malam.
Pintu lintasan Rafah ke Gaza akan dibuka selama beberapa jam pada hari ini (Jumaat) untuk membenarkan penghantaran bantuan yang diperlukan, lapor media Mesir.
Presiden Colombia Gustavo Petro pada lewat Khamis mengumumkan negaranya akan membuka kedutaan di pusat bandar Ramallah di Palestin.
Kerajaan China bersedia berkoordinasi dengan Rusia untuk membantu meredakan krisis yang kian berlanjutan antara Israel-Palestin, kata Utusan China di Timur Tengah, Zhai Jun, kepada rakan sejawatan dari Rusia, lapor Al Jazeera yang memetik media China.
Salah seorang daripada suspek utama dalam kes pembunuhan Presiden Haiti, Jovenel Moise, dalam serangan ganas pada 7 Julai 2021 di Port-au-Prince, telah ditahan pada hari Khamis di Haiti, lapor agensi berita Jerman (dpa).