Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 15, 2023 23:57 MYT
Oktober 15, 2023 23:57 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Oktober 2023.
Sekurang-kurangnya 100 orang cedera selepas satu lagi gempa bumi kuat berukuran 6.3 pada skala Richter menggegarkan barat laut Afghanistan pada Ahad.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengecam sekeras-kerasnya arahan pemindahan yang dikeluarkan Israel ke atas 22 hospital yang terletak di utara Gaza.
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh, manakala 23 lagi cedera selepas sebuah bas mini merempuh lori kontena di Maharashtra, barat India pada Ahad, lapor Xinhua.
Seramai 300 rakyat Palestin terbunuh pada hari kelapan serangan Israel ke atas Gaza, kata Kementerian Kesihatan Palestin.
Presiden Suruhanjaya Kesatuan Eropah (EU) Ursula von der Leyen pada Sabtu berkata blok itu akan 'segera' meningkatkan bantuan kemanusiaan untuk penduduk di Gaza.
Beberapa negara Eropah menyaksikan orang ramai berarak sebagai tanda sokongan terhadap perjuangan Palestin pada Sabtu ketika situasi yang semakin meruncing di Semenanjung Gaza.
UTUSAN China ke Timur Tengah sedang bersedia untuk melawat wilayah bergolak itu minggu depan bagi menggesa gencatan senjata dalam konflik antara Israel-Hamas, lapor media kerajaan.
Sekurang-kurangnya 49 orang maut, manakala 120 yang lain hilang selepas sebuah bot terbalik di barat laut Congo pada Sabtu malam, lapor Agensi Anadolu.
Amerika Syarikat (AS) mengumumkan mereka akan menghantar sebuah lagi kapal induk udara kedua ke "untuk menghalang tindakan musuh terhadap Israel," menurut kenyataan yang dikeluarkan Jabatan Pertahanan AS di Pentagon.
Sekurang-kurangnya 724 kanak-kanak Palestin terbunuh selepas dibedil oleh bom dan diserang oleh rejim Zionis Israel melalui udara, kata pertubuhan kemanusiaan kanak-kanak Palestin.