Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 11, 2023 00:01 MYT
Oktober 11, 2023 00:01 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 11 Oktober 2023.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy menuduh Rusia menyokong operasi Hamas dalam konfliknya dengan Israel.
Media kerajaan Korea Utara menyalahkan Israel menyebabkan pertumpahan darah di Gaza, membebankan pertempuran tentera antara Israel dan kumpulan Hamas.
Banyak pihak masih tidak menyangka dengan tindakan mengejut gerakan Hamas melancarkan Operasi Banjir al-Aqsa pada Sabtu lalu yang sedikit sebanyak telah menunjukkan sisi lemah rejim Zionis yang kononnya gah di mata dunia.
Seramai 27,302 penduduk di Bago di selatan Myanmar dipindahkan ke kem penempatan sementara akibat banjir, selepas paras air sungai di wilayah itu meningkat mendadak, lapor Xinhua.
Wilayah di barat Afghanistan yang dilanda gempa kuat dan meragut nyawa lebih 2,000 penduduk telah dilanda gempa kuat sekali lagi pada Rabu.
Semakin ramai remaja di Itali menunjukkan simptom tekanan mental dan ketagihan kepada teknologi, menurut Persatuan Psikiatri Itali (SIP) pada Selasa, sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.
Pasukan Pertahanan Awam Palestin (PCD) di Semenanjung Gaza berdepan tugas getir berikutan kekurangan petugas untuk membantu mangsa yang terperangkap selepas rumah mereka musnah akibat serangan Israel.
Kadar bunuh diri dalam kalangan generasi muda di Korea Selatan menyaksikan peningkatan, dengan seramai 39,453 golongan belia maut akibat membunuh diri, menurut data Kementerian Kesihatan dan Agensi Kawalan dan Pencegahan Penyakit.
Lebih 263,000 orang dilapor kehilangan tempat tinggal di Gaza susulan serangan udara berterusan oleh Israel, dengan jumlah itu dijangka terus meningkat.
Wujud harapan baharu dalam proses dialog damai Selatan Thailand selepas kejayaan Perdana Menteri Srettha Thavisin membentuk kerajaan.