Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
Oktober 3, 2023 15:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 3 Oktober 2023.
1. India tuntut Kanada panggil balik kira-kira 40 diplomat sebelum 10 Okt
Sumber lain berkata New Delhi telah mengancam untuk membatalkan kekebalan diplomatik diplomat Kanada yang kekal selepas tarikh itu.
2. PBB lulus misi keselamatan bantu Haiti tangani keganasan berkumpulan
Misi itu bukanlah operasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu itu sendiri, tetapi penempatan tentera yang diketuai oleh Kenya dan disokong secara rasmi oleh Majlis Keselamatan.
3. China keluar amaran kuning Taufan Koinu
Taufan ke-14 pada tahun ini dijangka membawa angin kencang ke bahagian selatan dan timur negara itu.
4. Ahli parlimen Republikan AS cuba singkir Speaker Kevin McCarthy
Ahli parlimen Republikan Matt Gaetz meneruskan usahanya untuk mengulingkan Speaker Kevin McCarthy daripada jawatan kepimpinan tertinggi Dewan Perwakilan.
5. 4 sekeluarga maut nahas pesawat kecil di negeri Utah, AS
Pesawat ringan itu terhempas di kawasan terpencil sejurus selepas berlepas dari Lapangan Terbang Wilayah Canyonlands di Moab.
6. 24 termasuk 12 bayi baru lahir mati dalam 24 jam di hospital kerajaan di India
Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan.
7. Pilihan Raya Presiden Mesir: Al-Sissi bertanding untuk penggal ketiga
Abdel-Fattah al-Sissi umum akan bertanding dalam pilihan raya presiden untuk penggal ketiga yang dijadual diadakan pada Disember.
8. Kecuaian, kurang langkah keselamatan punca dewan perkahwinan terbakar di Iraq
Pemilik dewan dan tiga kakitangan lain telah membenarkan 900 orang masuk ke tempat itu apabila ia direka untuk maksimum 400 orang.
9. Kes mahkamah Donald Trump bermula, berpotensi ancam empayar perniagaan
Trump sifatkan pendakwaan ke atasnya kerana mahu gagalkan usahanya merebut jawatan Presiden AS pada 2024.
10. Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.
#Iraq #India #Istanbul #Kenya #PBB #Parlimen #New Delhi #Ankara #Cuba #China