Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Oktober 1, 2023 23:30 MYT
Oktober 1, 2023 23:30 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 1 Oktober 2023.
Bekas perdana menteri Slovakia Robert Fico dan parti nasionalis berhaluan kiri Social Democratic memenangi pilihan raya parlimen negara itu, menurut keputusan awal, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Satu letupan berlaku berhampiran bangunan Kementerian Dalam Negeri Turki di daerah Kizilay di tengah Ankara, lapor Sputnik memetik laporan CNN Turk pada Ahad.
Pasangan pengantin pada majlis perkahwinan yang berakhir dengan tragedi kebakaran di daerah Hamdaniya, Iraq, Revan mengakui sudah tidak mampu lagi tinggal di kampung itu akibat trauma yang amat mendalam.
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Sabtu menandatangani rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek untuk memastikan kerajaan terus dapat beroperasi, lapor Agensi Anadolu.
Krisis politik di Guatemala semakin memuncak selepas pendakwa raya menyerbu tribunal pilihan raya negara itu untuk mendapatkan dokumen berkaitan pilihan raya presiden Ogos lalu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
India pada Sabtu membangkitkan isu mengenai Pesuruhjaya Tinggi India Vikram Doraiswami tidak dibenarkan memasuki sebuah gurdwara di Scotland, menurut satu kenyataan rasmi.
Senat Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu meluluskan rang undang-undang perbelanjaan jangka pendek bagi memastikan kerajaan masih dapat beroperasi dalam masa terdekat.
Kerajaan Kosovo pada Sabtu mahu Serbia segera menarik balik semua unit tentera dari sempadan Kosovo.
Kedutaan Afghanistan di New Delhi ditutup berikutan tidak mendapat sokongan sepenuhnya daripada kerajaan India serta kerajaan sementara di Kabul.
Seramai sembilan pelombong disahkan maut dalam kejadian lombong emas runtuh di Zimbabwe pada Jumaat.