Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 29, 2023 23:59 MYT
September 29, 2023 23:59 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 29 September 2023.
Satu letupan kuat ketika perarakan sambutan maulidur rasul melanda wilayah Balochistan di barat daya Pakistan pada Jumaat, mengorbankan 52 nyawa manakala berpuluh-puluh yang lain cedera, lapor Xinhua.
Bekas presiden AS Donald Trump memfailkan saman terhadap bekas pegawai MI6 dan perundingan perisikan yang diasaskannya, menurut rekod Mahkamah Tinggi di Britain, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky bertemu dengan Setiausaha Agung NATO, Jens Stoltenberg, untuk membincangkan kerjasama dan memulihkan hubungan antara Ukraine dan perikatan itu pada Khamis, lapor Xinhua.
Seorang remaja berusia 16 tahun ditahan pada Khamis selepas didapati dengan sengaja menebang sebatang pokok bersejarah di England.
Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan 10 sebatan pada Khamis oleh mahkamah Singapura selepas didapati bersalah merogol remaja perempuan berusia 13 tahun yang juga anak kekasihnya, sekalipun mengetahui mangsa pernah dirogol oleh bapa tirinya tiga tahun lalu.
Seorang lelaki bersenjata membunuh tiga individu di bandar Rotterdam di Belanda, pada Khamis.
Lapangan Terbang Changi memulakan operasi di sayap utara Terminal 2 (T2) pada Khamis, selepas tiga setengah tahun pelaksanaan kerja-kerja kejuruteraan untuk memanjangkan hayat sistem kritikal dan kerja-kerja pembesaran untuk memenuhi kapasiti keseluruhan Changi kepada 90 juta penumpang setahun (mppa).
Singapura sedang mencari mekanisme pembiayaan bagi mempercepatkan penghapusan secara berperingkat loji jana kuasa arang batu di Asia dan menyokong penyahkarbonan sektor penerbangan dan pengangkutan maritim yang sukar dikurangkan.
Farmers battling drought in India's southern state of Karnataka began a day-long strike on Friday to protest against the sharing of water from a river that also runs through the neighbouring state of Tamil Nadu.
New Zealand's weather institute said on Friday the weather pattern El Nino had arrived and was expected to lead to high winds, extreme temperature changes and variable rainfall over the coming three months.