Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 28, 2023 23:48 MYT
September 28, 2023 23:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 28 September 2023.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan Singapura Lawrence Wong mengumumkan Pakej Sokongan Kos Sara Hidup S$1.1 bilion (S$1=RM3.43) bagi memberi kelegaan kepada isi rumah Singapura, terutamanya keluarga berpendapatan rendah hingga sederhana.
Perdana Menteri Thailand Srettha Thavisin akan memulakan lawatan rasmi pertamanya ke Kemboja pada Khamis, dengan matlamat memperdalam kerjasama dan menjalin era baharu hubungan dua hala.
Satu letupan kuat berlaku di sebuah gudang di ibu negara Uzbekistan, Tashkent dan mencetuskan kebakaran, lapor Sputnik, memetik Kementerian Kecemasan Uzbekistan pada Khamis.
Ribut Agnes yang melanda United Kingdom (UK) telah mencetuskan banjir dan menyebabkan bekalan elektrik terputus selepas ribut itu membadai Ireland, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
Iran telah berjaya melancarkan satelit pengimejan Noor-3 ke orbit pada jarak 450 kilometer di atas permukaan Bumi, kata pegawai pada Rabu.
Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau mengemukakan permohonan maaf bagi pihak Parlimen Kanada selepas Ahli Parlimen diminta memberi penghormatan kepada seorang lelaki yang merupakan anggota Waffen SS Nazi, lapor Agensi Berita Jeman (dpa).
A fire ripped through a packed wedding hall in northern Iraq late on Tuesday, killing more than 100 people in a Christian town that had survived Islamic State occupation.
Calls for accountability grew on Thursday for the victims of a deadly fire at an Iraqi wedding celebration in a Christian town as grief-stricken mourners attended a packed memorial service and families buried their loved ones.
More than half the 120,000 ethnic Armenians of Nagorno-Karabakh have left in less than four days after Azerbaijan seized control of the mountain enclave where they had managed to defend their autonomy for three decades.
Switzerland's glaciers suffered their second worst melt rate this year after record 2022 losses, shrinking their overall volume by 10% in the last two years, monitoring body GLAMOS said on Thursday.