Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 25, 2023 23:47 MYT
September 25, 2023 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 25 September 2023.
Inflasi teras Singapura menyederhana kepada 3.4 peratus pada asas tahun ke tahun pada Ogos, daripada 3.8 peratus pada bulan Julai.
Kapsul angkasa yang membawa sampel asteroid pertama NASA, mendarat di kawasan padang pasir di Utah, sekali gus melengkapkan perjalanan selama tujuh tahun.
Ribut tropika Ophelia yang sudah melemah, masih membawa ancaman banjir kepada kawasan timur laut bandar New York di Amerika Syarikat (AS).
Pada awal minggu lalu, Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) mengumumkan senarai baharu kira-kira 42 lokasi termasuk di Asia.
Bekas presiden Bolivia Evo Morales mengumumkan hasratnya untuk bertanding semula dalam pilihan raya akan datang pada 2025, menurut satu catatan di Facebook pada Ahad, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Perisikan Iran telah menggagalkan rancangan pengganas yang menyasarkan tempat sesak di sini di ibu negara Iran dan menahan 28 suspek, menurut Kementerian Perisikan pada Ahad.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol mengalami pendarahan hidung semasa mesyuarat Kabinet di pejabat presiden pada Isnin.
The Philippines will take "all appropriate actions to cause the removal of barriers" in a disputed area of the South China Sea, the country's national security advisor said on Monday.
Thousands of ethnic Armenians fled the breakaway region of Nagorno-Karabakh on Monday, queuing up for fuel and jamming the road to Armenia after their decades-old separatist state was defeated by Azerbaijan in a lightning military operation.
Hollywood's writers union said it reached a preliminary labor agreement with major studios on Sunday, a deal expected to end one of two strikes that have halted most film and television production and cost the California economy billions.