Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 21, 2023 23:48 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 September 2023.
1. Parlimen Korea Selatan lulus usul pecat PM Han, tahan ketua pembangkang
Parlimen Korea Selatan yang dikuasai pembangkang pada Khamis meluluskan usul menggesa pemecatan Perdana Menteri Han Duck Soo.
2. Indonesia mahu bekerjasama dengan China demi kesejahteraan, kestabilan
Indonesia menjangkakan kerjasamanya dengan China terus membangun dan membawa kemakmuran, kestabilan dan peluang kepada rakyat kedua-dua negara, lapor agensi berita ANTARA.
3. 30 pelarian maut kerana kelaparan, malnutrisi di wilayah Gambella, Ethiopia
Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Ethiopia (EHRC) berkata, sekurang-kurangnya 30 pelarian telah meninggal dunia akibat kelaparan dan malnutrisi di wilayah Gambella, Ethiopia dan menggesa supaya bantuan makanan berkhasiat yang mencukupi segera disambungkan kepada semua komuniti pelarian.
4. Ribuan migran rentas sempadan AS-Mexico
Kira-kira 4,000 migran bergerak ke Eagle Pass, sebuah bandar sempadan di negeri Texas AS pada Rabu, mendorong Gabenor Texas Greg Abbott mengisytiharkan "pencerobohan" di sempadan AS-Mexico, lapor Xinhua.
5. Raja Charles mahu Britain, Perancis 'tingkat semula' hubungan
Raja Britain, Raja Charles III, pada Rabu petang menyeru Britain dan Perancis untuk "menyegarkan semula" persahabatan mereka untuk menghadapi cabaran abad ke-21, lapor Xinhua.
6. Badan kehakiman Tunisia arahkan presiden interim Ennahda ditahan
Badan kehakiman Tunisia pada Rabu memutuskan untuk menahan secara rasmi presiden sementara parti Ennahda, Mondher Ounissi.
7. Pembunuhan pemimpin Sikh di Kanada, AS gesa India berkerjasama
Rumah Putih menggesa India pada Rabu agar "bekerjasama sepenuhnya" dengan siasatan Kanada terhadap pembunuhan seorang pemimpin pemisah Sikh di bumi Kanada.
8. PBB desak Taliban berhenti seksa, lindungi hak tahanan
Misi diplomatik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Afghanistan telah mendokumentasikan lebih daripada 1,600 kes pencabulan hak asasi manusia semasa penangkapan dan penahanan individu selepas itu, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan terbaharu yang dikeluarkan pada Rabu.
9. Perbalahan diplomatik: India gantung perkhidmatan visa untuk warga Kanada
India telah menggantung perkhidmatan visa untuk rakyat Kanada, kata penyedia perkhidmatan visa BLS International pada Khamis di laman webnya, memetik notis daripada misi India, lapor Xinhua.
10. "Hentikan perang di Ukraine dan Zelenskiy tidak akan berucap" - Kata Pengerusi Majlis Keselamatan PBB kepada Rusia
Semalam (Rabu) sepatutnya menjadi penampilan pertama Presiden Ukraine, Volodomyr Zelenskiy secara langsung dalam mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berhubung pencerobohan Moscow ke negaranya.
#berita antarabangsa #berita luar negara #berita pilihan #Berita AWANI
;