Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini

Astro Awani
September 11, 2023 23:44 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 11 September 2023.
1. Gempa bumi Maghribi: Gegaran baharu 4.5 magnitud dirasai di Marrakesh
Lebih banyak gegaran dipercayai gempa susulan dirasai di bandar Marrakesh dan kawasan sekitarnya pada Ahad.
2. Pasukan penyelamat asing sertai pencarian mangsa gempa bumi di Maghribi
Pasukan penyelamat dari Sepanyol, Britain dan Qatar mula menyokong pasukan penyelamat Maghribi di kawasan terjejas akibat gempa bumi kuat yang melanda negara Afrika Utara itu, Agensi Berita Jerman (dpa) memetik laporan Agensi Berita Maghribi, MAP pada Isnin.
3. Puluhan terkorban Taufan Daniel landa Libya
Kerajaan Libya mengumumkan penutupan sementara empat pelabuhan minyak utama susulan Taufan Daniel yang melanda kawasan utara negara itu pada Ahad.
4. 43 terbunuh dalam serangan udara di pasar Sudan
Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam serangan udara di sebuah pasar di ibu negara Sudan, Khartoum, pada Ahad.
5. Rusia tawar perjalanan bebas visa ke 5 negara termasuk Malaysia
Rusia telah mencadangkan perjalanan tanpa visa ke Kuwait, Oman, Bahrain, Arab Saudi dan Malaysia, kata Menteri Pembangunan Ekonomi Rusia Maxim Reshetnikov pada Isnin.
6. Kegagalan enjin punca kebakaran, pendaratan cemas Air China di Singapura
Kegagalan mekanikal pada enjin Air China CA403 dipercayai menjadi punca kebakaran sehingga menyebabkan pesawat itu terpaksa melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Changi Singapura, pada Ahad.
7. Bakal bertemu Putin, Kim Jong Un naiki kenderaan berperisai
Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un dilaporkan telah memulakan perjalanan menuju ke Vladivostok untuk bertemu dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin.
8. Putin belum umum pencalonannya untuk Pilihan Raya Presiden 2024 - Kremlin
Presiden Rusia Vladimir Putin belum mengumumkan sama ada beliau akan bertanding semula untuk jawatan itu pada 2024, kata jurucakap Kremlin Dmitry Peskov pada Isnin.
9. Jepun selesai pusingan pertama pelepasan air radioaktif loji Fukushima
Pengendali loji kuasa nuklear Fukushima Daiichi Jepun yang musnah pada Isnin berkata pusingan pertama pelepasan air terawat ke laut telah selesai.
10. Pesawat PM Kanada alami masalah teknikal di India, penerbangan ditangguh
Penerbangan Perdana Menteri Kanada Justin Trudeau terpaksa ditangguhkan pada petang Ahad selepas pesawatnya mengalami masalah teknikal.
#gempa bumi #Air China #berita pilihan #antarabangsaa
;