Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 10, 2023 23:48 MYT
September 10, 2023 23:48 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 10 September 2023.
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol dan Perdana Menteri Jepun Fumio Kishida pada Ahad bersetuju untuk berusaha ke arah merealisasikan sidang kemuncak tiga hala dengan China, lapor Agensi Berita Yonhap memetik pejabat presiden.
Kumpulan 20 negara ekonomi maju dan pesat membangun akan meneruskan perbincangan diplomatik mereka pada sidang kemuncak G20 di India pada Ahad tetapi tidak ada resolusi besar lain dijangka.
BIOGRAFI baharu Elon Musk mengesahkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Tesla itu mempunyai anak ketiga yang tidak pernah didedahkan sebelum ini dengan bekas pasangannya pemuzik Kanada, Grimes.
Pilihan raya presiden Maldives pada Sabtu akan berlanjutan ke pusingan kedua berikutan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Maldives (ECM) menunjukkan tiada calon yang memperoleh lebih 50 peratus undi pada pusingan pertama untuk menang secara langsung, lapor Xinhua.
Presiden AS Joe Biden dijangka tiba di Hanoi pada petang Ahad untuk mengukuhkan hubungan dengan Vietnam di tengah-tengah usaha mengatasi pengaruh China di rantau itu.
Bintang bola sepak tersohor, Cristiano Ronaldo telah membuka Hotel Pestana CR7 miliknya sebagai tempat perlindungan kepada mangsa yang terjejas akibat gempa bumi di Maghribi.
Gabenor New York, Kathy Hochul menandatangani undang-undang pada Sabtu untuk mengisytiharkan Tahun Baharu Cina sebagai cuti sekolah umum di seluruh negeri itu, lapor Xinhua.
Arab Saudi pada Sabtu mengumumkan pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) dengan Amerika Syarikat untuk mewujudkan koridor transit hijau antara benua, Xinhua memetik laporan Saudi Press Agency.
Pengasas Thodex, platform tukaran mata wang kripto Turki yang melarikan diri ke Albania serta dua lagi adik-beradiknya, masing-masing dihukum penjara selama 11,196 tahun.
Bekas Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi, umum hasratnya untuk bertanding semula sebagai wakil California dalam Kongres pada penggal akan datang.