Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
September 3, 2023 23:47 MYT
September 3, 2023 23:47 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 3 September 2023.
Seorang kanak-kanak perempuan di China menerima pujian ramai atas keberaniannya untuk tampil menyerah diri kepada polis kerana mencuri wang berjumlah 800 yuan (RM512) milik ibu bapanya semata-mata mahu membeli snek.
Panglima tentera Sudan Jeneral Abdel Fattah al-Burhan pada Sabtu mengarahkan pembukaan semula sempadan negara dengan Eritrea, menurut satu kenyataan rasmi.
Artileri Rusia berjaya memusnahkan depot peluru Ukraine yang digunakan bagi kegunaan sistem peluru berpandu antipesawat S-200 berhampiran Slovyansk di Donetsk, Kementerian Pertahanan Rusia memberitahu Sputnik.
Emmerson Mnangagwa dijangka mengangkat sumpah jawatan Presiden Zimbabwe pada Isnin bagi penggal keduanya, Menteri Penerangan, Publisiti dan Perkhidmatan Penyiaran Monica Mutsvangwa mengumumkan petang Sabtu.
Perintah berkurung dikeluarkan di Kirkuk, utara Iraq pada Sabtu selepas pertempuran membabitkan Kurd, Arab dan Turkmen.
Presiden Nigeria, Bola Ahmed Tinubu mengarahkan semua duta dipanggil pulang, kata penasihat dan jurucakap khasnya Ajuri Ngelale pada Sabtu.
Penerbangan domestik dibatalkan sementara hampir 3,000 orang dipindahkan ketika Taiwan bersiap menyambut kedatangan Taufan Haikui pada hari ini (3 September), yang dijangka membawa hujan lebat dan angin kencang ke selatan dan timur pulau tersebut.
Hajat seorang lelaki Mexico untuk memiliki telefon pintar tidak kesampaian apabila barangan pos yang sampai di rumahnya merupakan sebutir bom tangan, lapor New York Post.
Dua lagi kapal melalui koridor sementara Laut Hitam yang ditubuhkan oleh Ukraine selepas tamat tempoh perjanjian bijirin pada Julai, kata Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky, lapor Sputnik.
Dalam usaha menangani krisis populasi di Jepun, sekumpulan warga emas di negara itu dilaporkan berkumpul dalam sebuah sesi “Omiai” atau pencarian jodoh untuk anak masing-masing.