Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 31, 2023 23:52 MYT
Ogos 31, 2023 23:52 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 31 Ogos 2023.
Setiausaha Pertahanan Ben Wallace menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri Rishi Sunak selepas empat tahun memegang jawatan itu, lapor Sputnik memetik dokumen yang diterbitkan oleh kerajaan UK pada Khamis.
Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida bersama tiga menteri kabinet menikmati hidangan sashimi (hirisan ikan mentah) ketika makan tengah hari pada Rabu sebagai usaha untuk membuktikan produk makanan laut di negara itu adalah selamat.
Sekurang-kurangnya 63 maut manakala 43 yang lain cedera dalam kebakaran di pusat perniagaan di bandar terbesar Afrika Selatan, Johannesburg, pada awal pagi Khamis.
Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura pada Khamis menganjurkan Hari Kebangsaan 2023 di pekarangan Kompleks Suruhanjaya itu di Jalan Jervois, di sini, dalam suasana penuh kemeriahan.
Sejumlah 15 orang maut dalam kebakaran sebelum subuh pada Khamis yang memusnahkan sebuah rumah di Manila, Filipina, lapor Xinhua memetik Biro Perlindungan Kebakaran.
Perkhidmatan penerbangan komersial Air India mungkin akan terjejas, susulan tindakan pengawal selia penerbangan India menggantung aktiviti latihan juruterbang di dua kemudahan syarikat penerbangan itu, lapor media tempatan pada Rabu.
China dan Britain wajar menjalankan serta meningkatkan pertukaran lawatan yang normal dalam pelbagai bidang dan kedua-dua negara diyakini mampu mendepani gangguan, mempamerkan kedinamikan serta berkembang ke arah lebih cerah, kata Menteri Luar China, Wang Yi.
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Maklumat Indonesia menyekat 174 akaun dan kandungan internet yang disyaki mengandungi aktiviti indoktrinasi dan menyebarkan ideologi radikal, sejak Julai hingga hingga hari ini.
Liverpool mungkin berdepan tempoh yang membimbangkan walaupun Mohamed Salah kekal di kelab itu meskipun jendela perpindahan bakal tamat dalam masa beberapa hari lagi.
Penyerang Manchester City, Erling Haaland, merangkul anugerah Pemain Terbaik Tahunan PFA selepas musim pertamanya bersama The Cityzens City yang cemerlang susulan kejayaan merangkul treble.