Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 24, 2023 23:46 MYT
Ogos 24, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 24 Ogos 2023.
Mahkamah daerah Lefortovo Moscow memutuskan untuk melanjutkan tahanan pra-perbicaraan selama tiga bulan lagi terhadap seorang wartawan Wall Street Journal Evan Gershkovich.
Sekurang-kurangnya empat orang maut dalam kejadian tembakan di sebuah bar di negeri California di Amerika Syarikat pada Rabu.
Saluran Telegram Yevgeny Prigozhin mendakwa pesawat ketua tentera upahan Wagner, di mana beliau dikatakan maut dalam nahas, telah ditembak jatuh di ruang udara Rusia dalam satu serangan terancang.
Ribut Tropika Franklin mula mendarat di Republik Dominika pada pagi Rabu, di mana ribut itu dijangka membawa hujan lebat dan mengakibatkan banjir ke kebanyakan pulau yang dikongsinya dengan Haiti.
Seorang anggota delegasi Presiden China, Xi Jinping telah dihalang daripada mengiringi pemimpin itu semasa Sidang Kemuncak BRICS di Johannesburg.
Pusat Meteorologi Kebangsaan memberi amaran tentang keadaan cuaca buruk yang berterusan di Jazan, Asir, Al Baha, Makkah dan Madinah.
Percubaan kedua Pyongyang untuk melancarkan satelit pengintip tentera ke orbit telah gagal, lapor media negara itu pada Khamis.
Rudy Giuliani, peguam peribadi bekas Presiden AS Donald Trump, menyerah diri pada Rabu kepada pihak berkuasa di Atlanta.
Saluran Telegram Grey Zone, yang berkaitan dengan Wagner menyatakan Prigozhin telah meninggal dunia.
Selain lebih 1,000 individu yang masih gagal dikesan, lebih 1,400 lagi yang pada asalnya dilaporkan hilang, dijumpai selamat.