Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 22, 2023 23:39 MYT
Ogos 22, 2023 23:39 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 22 Ogos 2023.
Calon perdana menteri parti Pheu Thai, Srettha Thavisin, 60, berjaya memperoleh sokongan yang mencukupi di Parlimen untuk dilantik sebagai Perdana Menteri Thailand.
Mahkamah Agung Thailand pada Selasa menjatuhkan hukuman penjara lapan tahun ke atas Thaksin Shinawatra sekembalinya bekas perdana menteri itu ke negara ini selepas 15 tahun hidup dalam buangan.
Dewan Rakyat Kemboja pada Selasa mengesahkan Hun Manet sebagai perdana menteri negara itu yang baharu untuk tempoh lima tahun selepas Parti Rakyat Kemboja (CPP) yang dipimpinnya mencatat kemenangan besar dalam pilihan raya umum pada 23 Julai, lapor Xinhua.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berkata beliau akan menyerah diri kepada mahkamah di Atlanta, Georgia, bagi menghadapi beberapa pertuduhan berhubung perolehan daripada aktiviti haram dan konspirasi jenayah.
Pasukan pertahanan udara Rusia menembak jatuh dua dron tempur yang dalam perjalanan ke ibu negara Rusia, lapor Sputnik memetik Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin pada Selasa.
Pelepasan sisa air penyejuk terawat daripada runtuhan loji nuklear Fukushima ke laut akan bermula pada Khamis, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi) menggesa negara-negara anggota ASEAN untuk menguatkan usaha kolektif mereka dalam memerangi jenayah rentas sempadan.
Rakyat Malaysia yang menetap di Korea Selatan diingatkan supaya sentiasa berwaspada susulan latihan pertahanan awam di seluruh negara dijadual berlangsung pada Rabu jam 2 petang waktu tempatan.
Sekurang-kurangnya enam pelajar sekolah di barat laut Pakistan terperangkap di dalam gondola dinaiki mereka selepas wayar kereta kabel itu terputus pada Selasa, lapor media tempatan.
Perluasan keanggotaan BRICS dijangka akan menjadi satu daripada topik hangat dalam Sidang Kemuncak BRICS ke-15 yang dijadual berlangsung selama tiga hari mulai Selasa, di sini.
#Srettha Thavisin
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
#Hun Manet
#cambodia
#Donald Trump
#konflik Rusia-Ukraine
#Joko Widodo
#Korea Selatan
#Pakistan