Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 21, 2023 23:49 MYT
Ogos 21, 2023 23:49 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 21 Ogos 2023.
Selepas mendarat di Mexico awal Ahad, ribut tropika Hilary kini dilaporkan melanda California dengan membawa hujan lebat dan angin kencang, manakala pegawai memberi amaran mengenai kemungkinan banjir yang boleh membawa maut.
Polis Seoul setakat ini menahan 192 individu kerana menyiarkan ancaman jenayah peniru (copycat) dalam talian sejak insiden tikaman maut di Seoul sebulan lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Lebih 20 negara secara rasmi memohon untuk menyertai BRICS, iaitu sebuah blok ekonomi yang sedang pesat membangun merangkumi Brazil, Rusia, India, China dan Afrika Selatan.
Seramai tiga orang terbunuh manakala enam lagi cedera dalam insiden tembakan di Seattle Selatan, Washington, pada Ahad lapor Xinhua.
Bernardo Arevalo, memenangi pilihan raya presiden pusingan kedua di Guatemala, selepas kempen pilihan raya yang bergolak, lapor agensi berita Jerman (dpa).
Kementerian Komunikasi dan Teknologi Somalia pada Ahad memutuskan untuk melarang penggunaan platform media sosial TikTok dan Telegram serta platform pertaruhan dalam talian 1XBET.
Kepulangan bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra ke negara itu tidak bermotifkan politik, kata anak perempuannya, Paetongtarn Shinawatra.
Kebakaran hutan di Tenerife, Sepanyol semakin marak dan kini di luar kawalan walaupun pihak bomba bertungkus lumus memadamkan api selama empat hari.
Sepasukan pakar yang terdiri daripada pakar patologi forensik, juruteknik X-Ray, pakar cap jari dan doktor gigi forensik bekerja 12 jam sehari untuk mengenal pasti mayat mangsa kebakaran tidak terkawal yang hangus di Maui, Lahaina.
Pemerintah Korea Utara Kim Jong Un menyelia pelancaran peluru berpandu jelajah strategik ketika mengadakan lawatan ke unit tentera laut Angkatan Tentera Rakyat Korea (KPA), Agensi Berita Jerman (dpa) memetik Agensi Berita Pusat Korea Utara (KCNA) pada Isnin.
#Thailand
#Thaksin Shinawatra
#California
#Seoul
#Afrika Selatan
#Guatemala
#Somalia
#TikTok
#sepanyol
#Kebakaran Maui