Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 15, 2023 23:45 MYT
Ogos 15, 2023 23:45 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
Seorang lelaki berusia 45 tahun didakwa pada Selasa selepas mengganggu penerbangan antarabangsa dari Australia ke Malaysia.
Pencemaran udara dilaporkan bertambah buruk di wilayah Jakarta Raya, Indonesia, malah 'dibuktikan' lagi dengan laporan keadaan Presiden Joko Widodo (Jokowi) yang mengalami batuk berterusan, yang disebabkan udara kotor.
Laos terjejas teruk akibat kejadian banjir dan tanah runtuh sehingga memusnahkan ladang, kediaman dan harta benda, serta menjejaskan beribu-ribu rakyatnya.
Angka kematian di Hawaii akibat kebakaran mencecah 100 orang sekali gus menyemarakkan kritikan terhadap ketidakupayaan kerajaan Amerika Syarikat (AS) sehingga menyumbang kepada kehilangan nyawa yang banyak.
Gabenor Oleg Kozhemyako pada Selasa mengisytiharkan darurat serantau di wilayah Primorsky di timur Rusia akibat kejadian banjir besar.
Lebih 3,000 orang telah dipindahkan akibat kebakaran hutan melanda berhampiran Saint-Andre pada petang Khamis, di selatan Perancis.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump didakwa di Georgia selepas siasatan oleh Peguam Daerah Fulton County, Fani Willis mengenai usahanya untuk membatalkan keputusan pilihan raya presiden pada 2020.
Dua anak lelaki Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, pada hari Isnin mengakhiri lawatan mengejut mereka ke Thailand.
Thailand's election-winning Move Forward Party will not back former alliance partner Pheu Thai's candidate in a parliamentary vote on the next prime minister, a senior official said Tuesday.
North Korea leader Kim Jong Un and Russian President Vladimir Putin exchanged letters on Tuesday pledging to develop their ties into what Kim called a "long-standing strategic relationship," Pyongyang's state media KCNA said.