Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 8, 2023 15:44 MYT
Ogos 8, 2023 15:44 MYT
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 8 Ogos 2023.
Perdana Menteri Palestin Mohammad Shtayyeh pada Isnin mengadakan perbincangan dengan anggota Kongres Amerika Syarikat mengenai cara memulihkan proses politik, peranan Washington dalam memelihara penyelesaian dua negara dan mengiktiraf negara Palestin.
Kehadiran itu susulan arahan Jabatan Pertahanan (DoD) yang mengerahkan aset tentera tambahan ke Selat Hormuz.
Susulan situasi gelombang haba dan kebakaran di seluruh dunia, suhu bulan Julai pada 0.33 darjah Celsius lebih tinggi berbanding Julai 2019
Kira-kira 20,000 penduduk di wilayah Kagoshima dan di wilayah Miyazaki di barat daya Jepun dinasihatkan supaya berpindah susulan ribut tropika dijangka membadai wilayah itu.
ASEAN memilih untuk meningkatkan usaha bagi memastikan rantau ini terus aman, stabil dan Makmur, serta mempromosi pertumbuhan yang inklusif, berdaya tahan dan mampan.
Agensi cuaca Jepun berkata cuaca panas terik dijangka berlaku di wilayah Jepun yang lebih luas pada Selasa, mendorong peningkatan suhu melebihi 35 darjah Celsius.
Menteri Luar Indonesia Retno Marsudi berkata satu daripada matlamat ASEAN adalah untuk memastikan penduduk di rantau ini hidup aman.
Filipina pada Isnin menolak gesaan China untuk mengalihkan kapal perangnya dari terumbu di Kepulauan Spratly yang dipertikaikan berikutan insiden tembakan meriam air oleh kapal China.
Setiausaha Akhbar Rumah Putih Karine Jean-Pierre enggan mengulas mengenai laporan mengenai Ukraine menggagalkan cubaan bunuh Presiden Volodymyr Zelensky.
Sembilan belas lelaki didakwa manakala 13 kanak-kanak Australia diselamatkan daripada bahaya susulan siasatan ke atas rangkaian penderaan kanak-kanak dalam talian yang canggih.
#Amerika Syarikat
#Filipina
#Indonesia
#Washington
#Ukraine
#Palestin
#Jepun
#China
#Australia
#ASEAN