Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 5, 2023 23:50 MYT
Ogos 5, 2023 23:50 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 5 Ogos 2023.
Hujan lebat susulan Taufan Khanun di bahagian pergunungan Taiwan menyebabkan banjir dan tanah runtuh di daerah Nantou pada Sabtu.
Denmark sedang mengkaji beberapa langkah dan perundangan untuk mencegah berulangnya insiden pembakaran al-Quran, menurut Kementerian Luar Mesir pada Jumaat.
Bekas Perdana Menteri Pakistan, Imran Khan dijatuhi hukuman penjara tiga tahun atas tuduhan rasuah.
Kedutaan Arab Saudi di Lubnan menggesa rakyatnya meninggalkan negara itu secepat mungkin.
Parti Rakyat Kemboja (CPP) pimpinan Perdana Menteri Samdech Techo Hun Sen memenangi 120 daripada 125 kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum baru-baru ini, menurut keputusan rasmi yang dikeluarkan Jawatankuasa Pilihan Raya Kebangsaan (NEC) pada Sabtu.
Pemberian hadiah PlayStation anjuran streamer Twitch Kai Cenat di Union Square New York City bertukar huru-hara apabila kira-kira 1,000 orang membanjiri kawasan itu, hingga mencetuskan konfrontasi dengan polis.
PASANGAN pengantin baharu dari Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia menjadi viral selepas usia mempelai lelaki masih 16 tahun.
Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) AS pada Jumaat meluluskan ubat berasaskan hormon untuk merawat postpartum selepas bersalin (PPD).
Bencana alam di China memberi kesan kepada hampir 16 juta orang serta mengakibatkan 147 kematian pada Julai, menurut Kementerian Pengurusan Kecemasan negara itu.
Mahkamah Moscow pada Jumaat menjatuhkan hukuman penjara 19 tahun lagi terhadap tokoh pembangkang Rusia Alexey Navalny atas tuduhan ekstremisme.