Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Astro Awani
Ogos 4, 2023 23:46 MYT
Ogos 4, 2023 23:46 MYT
ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 4 Ogos 2023.
Hasrat bekas Perdana Menteri Thailand, Thaksin Shinawatra untuk kembali ke negara itu minggu depan ditangguhkan sehingga kerajaan pimpinan Pheu Thai berkuasa.
Presiden Niger Mohamed Bazoum dalam op-ed di The Washington Post mendakwa beliau telah dijadikan tebusan oleh tentera yang merampas kuasa dan meminta Amerika Syarikat (AS) dan masyarakat antarabangsa membantu mengembalikan kerajaan berperlembagaan di negara itu, lapor Sputnik.
Lebih 6.5 bilion orang atau empat daripada setiap lima orang di Bumi akan mengalami cuaca yang sangat panas sepanjang hari pada bulan Julai, berikutan kesan perubahan iklim, menurut kajian terbaharu.
Gabenor dan datuk bandar negara anggota ASEAN pada Rabu menandatangani deklarasi bersama bagi menggalakkan pembangunan bandar raya mampan, inklusif dan berdaya tahan di rantau ini.
Pihak berkuasa China memindahkan lebih 1.2 juta penduduk susulan hujan lebat yang melanda wilayah Hebei.
Sebuah bas penumpang terhumban ke dalam gaung di negeri Nayarit di barat laut Mexico awal pagi Khamis, mengorbankan 18 orang.
Seorang wanita kelahiran Iran membakar senaskah al-Quran di ibu negara Sweden, Stockholm, kini di bawah perlindungan polis, lapor Sputnik memetik Agensi Berita Anadolu pada Khamis.
Bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengaku tidak bersalah di mahkamah Washington DC pada Khamis atas tuduhan cuba membatalkan kekalahan dalam Pilihan Raya AS pada 2020.
Sekurang-kurangnya 14 individu cedera selepas diserang seorang lelaki di ibu negara Korea Selatan, Seoul pada Khamis.
Isi rumah di United Kingdom terus berdepan tekanan inflasi tinggi meskipun Bank of England telah meningkatkan kadar faedah untuk menangani kos sara hidup.
#Thailand
#Niger
#perubahan iklim
#ASEAN
#China
#Sweden
#Al-Quran
#Donald Trump
#Seoul
#Korea Selatan